Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami tergamak ragut beg tangan isteri sendiri untuk beli dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami tergamak ragut beg tangan isteri sendiri untuk beli dadah

ALOR SETAR – Seorang suami tergamak meragut beg tangan isteri sendiri demi mendapatkan wang untuk membeli dadah di kawasan Pasar Sungai Petani, dekat sini, pagi tadi.

 

 

 

Suami tergamak ragut beg tangan isteri sendiri untuk beli dadah

Suami tergamak ragut beg tangan isteri sendiri untuk beli dadah

 

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, lelaki berusia 30 tahun bertindak agresif memukul isteri berusia 30 an dan anak lelaki berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kekecohan.

 

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mahadzir Elias berkata, insiden dilaporkan orang awam yang menyaksikan kekecohan ditimbulkan lelaki itu yang mula membuat kacau akibat gian terlampau di hadapan khalayak ramai.

 
 

“Malah, masyarakat setempat yang berada di kawasan kejadian bertindak menahan lelaki itu dari terus bertindak agresif terhadap isteri dan anak lelakinya.

“Sebaik, AADK tiba di kawasan pasar berkenaan kita mendapati suspek telah ditahan orang awam, sebelum dia dibawa ke Pejabat AADK Kuala Muda untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mahadzir berkata, siasatan awal AADK mendapati suspek pernah ditahan beberapa kali kerana bertindak agresif kepada keluarga akibat pengaruh dadah.

Menurut beliau, pihaknya juga menerima beberapa aduan memaklumkan bahawa lelaki yang memukul isterinya itu merupakan seorang penagih dadah tegar.

Katanya, dia disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan & Pemulihan ) 1983, dan ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine.

“Sebenarnya, insiden yang berlaku hari ini bukanlah satu perkara asing apabila berlaku satu pergolakan rumah tangga akibat dadah,” katanya.

Mahadzir berkata, pihaknya mendapati kebanyakan penagih mampu bertindak secara tanpa sedar, tidak mengira tempat dan mampu mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling.

Katanya, untuk itu, masyarakat digesa agar terus berhubung dengan AADK supaya masalah berkaitan dadah dapat ditangani dengan baik dalam usaha mewujudkan keluarga bebas dadah.

Sumber: Sinar



Sumber Suami tergamak ragut beg tangan isteri sendiri untuk beli dadah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yx8c0n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.