“Mimpi Dijenguk Bekas Guru-Guru Ketika Koma.”- Lelaki Ini Bernazar Ingin ‘Sponsor’ 65 Gurunya Bercuti Luar Negara, Akhirnya Termakbul..
JAKARTA – Pengetua Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Pekalongan yang hanya mahu dikenali sebagai Sulikin pernah didatangi bekas pelajarnya, Fredy Candra pada Julai lalu.
Uniknya, Fredy yang merupakan alumni sekolah tinggi tersebut dan lulusan pada tahun 1993, kembali ke situ bagi tujuan mengajak seluruh guru yang pernah mengajarnya ketika itu untuk berjalan-jalan di sekitar Eropah.
“Awalnya saya fikir anak ini hanya bergurau,” kata Sulikin kepada portal Kompas.com, namun rupanya Fredy serius. Tiga bulan selepas itu, hasrat tersebut direalisasikan dan kemudian menjadi tular menerusi media sosial di Indonesia.
Bagaimanapun disebabkan kebanyakan guru Fredy sudah tua dan ada sudah bersara, destinasi perjalanan yang dirancang di Eropah kemudian diubah kepada percutian di dua buah negara jirannya, Malaysia dan Singapura.
“Banyak guru sudah usia agak tua, saya saran destinasi yang dekat saja,” jelas Sulikin. Justeru pada 19 September lalu, Sulikin dan rombongan guru itu berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini.
Bukan hanya guru SMA Negeri 1 Pekalongan dibawa melancong bersama-sama, malah semua guru Fredy di Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 1 Pekalongan dan Sekolah Dasar (SD) Sampangan. Jumlahnya ialah 65 orang.
Setibanya mereka di terminal udara itu, rombongan guru tersebut disambut dengan hangat langsung oleh Fredy dan keluarganya. Beliau kemudian memeluk setiap guru terbabit seorang demi seorang dengan begitu mesra.
“Anak ini tulus sekali. Bertemu gurunya seperti bertemu orang tuanya yang lama tidak pernah bertemu. Jadi dirangkul satu-satu. Saya terharu melihat itu, kebetulan saya tidak mengajar dia, tapi kan saya kepala sekolah.
FREDY CANDRA (TENGAH) DENGAN DUA BEKAS GURUNYA.
“Jarang saya melihat orang seperti itu,” tambah Sulikin. Fredy bagaimanapun tidak ikut sekali dalam perjalanan ke Malaysia dan Singapura. Dia hanya menghantarkan agensi pelancongan untuk memandu rombongan itu berlibur.
“Sebelum kami berangkat, Fredy sempat berpesan kepada wakil biro perjalanan: Jangan sampai ada sedikit pun keluhan daripada guru saya. Layani mereka maksimum,” ujar Sulikin memetik pesanan Fredy dalam nada terharu.
Lebih menarik, segala kos perjalanan daripada tiket ulang-alik pesawat, pengangkutan bas persiaran, penginapan, makan minum, wang saku perbelanjaaan sehingga pembuatan pasport semuanya ditanggung sendiri oleh Fredy.
Bahkan usahawan gentian optik terkenal di Indonesia itu menyiapkan sejumlah petugas pengiring dengan kerusi roda selain doktor untuk mendampingi guru yang tidak berapa sihat sepanjang program lawatan berkenaan.
Kumpulan guru itu selamat berada di dua buah negara tetangga itu selama lima hari sebelum kembali ke tanah air pada 24 September lalu. “Semuanya kelas satu. Ini perjalanan paling berkesan sepanjang hidup saya,” ucap Sulikin.
Media tempatan melaporkan, Fredy memang sudah bernazar sejak di sekolah menengah lagi untuk mengajak guru-gurunya berjalan-jalan ke luar negeri kerana dia pernah mengalami kecelakaan yang cukup parah ketika itu.
“Dalam keadaan koma, Fredy bermimpi dijenguk oleh para gurunya di bangku SD, SMP dan SMA. Sejak itu dia kata jika ada rezeki lebih ingin ajak gurunya cuti ke luar negeri, dan ternyata sekarang benar terkabul,” tutur Sulikin.
Pengetua tersebut menilai murid seperti Fredy amat jarang ada pada zaman ini yang masih lagi mengingati jasa gurunya apatah lagi sanggup mengajak mereka berlibur ke luar negeri percuma.
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xDCkud
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment