Hi! Welcome Back and Stay Tune! CCTV Rakam Polis Senior ‘Kantoi’ Raba Polis Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CCTV Rakam Polis Senior ‘Kantoi’ Raba Polis Wanita



TAK tahu lah apa nak jadi pada negara Asia Selatan ini, wanita dilayan seperti objek seks semata-mata tanpa mengira masa dan tempat!

Dalam sebuah rakaman video menjelikkan yang telah tular di Internet, seorang lelaki dilihat mencabul berkali-kali seorang wanita yang sedang ‘terperangkap’ di dalam lautan manusia yang sedang menghadiri sebuah protes di Tamil Nadu, India.

Wanita itu kelihatan cuba untuk menepis tangan lelaki itu beberapa kali , namun tidak berjaya.

Lelaki itu, yang merupakan anggota polis berpangkat Asisten Komisioner , telah dirakamkan mencabul wanita itu yang juga seorang sub-inspektor polis semasa protes membantah ujian kelayakan untuk masuk ke universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar di India.

Tunjuk perasaan yang terjadi pada 4 September itu berlaku untuk membantah sistem ujian yang penuh birokrasi itu selepas seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun, Anitha, membunuh diri kerana gagal mendapatkan tempat di universiti dalam jurusan perubatan.

Anggota polis hadir semasa protes itu untuk meredakan orang ramai yang berkumpul di Gandhipuram, Coimbatore.

Meskipun telah ‘kantoi’ teruk, anggota polis lelaki itu masih belum dikenakan sebarang tindakan dan kes itu kini berada dalam siasatan tertutup.-MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqi6EK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.