Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dana Asing Meningkat 10 Kali Ganda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dana Asing Meningkat 10 Kali Ganda


KUALA LUMPUR: Pelabur asing ialah pembeli bersih di Bursa Malaysia sepanjang minggu lalu bernilai RM362.6 juta.

Menurut MIDF Research, jumlah itu 10 kali lebih besar berbanding pembelian pada minggu sebelumnya, berdasarkan transaksi di pasaran terbuka, tidak termasuk urus niaga di luar pasaran.

Jumlah yang diperoleh dana asing minggu lalu itu, katanya ialah yang tertinggi sejak 17 minggu.

"Kami dapati dana asing ialah pembeli bersih pada setiap hari sepanjang minggu lalu," demikian menurut MIDF Research dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Khamis minggu lalu mencatatkan aliran masuk bersih tertinggi berjumlah RM153.1 juta, paras tertinggi harian sejak 13 Julai, serentak dengan pengukuhan ringgit dan peningkatan harga minyak mentah Brent.

"Kami juga mendapati aliran masuk Malaysia selari dengan Thailand, menyongsang arah aliran di Asia yang mengalami aliran keluar," katanya.

Bagi minggu berakhir 8 September, Bursa Malaysia didagangkan selama empat hari. Pasaran tempatan ditutup pada Isnin sempena pencapaian cemerlang Malaysia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bank pelaburan itu berkata, pembelian asing minggu lalu membawa masuk jumlah terkumpul bersih terkini RM10.7 bilion.

Nilai purata dagangan harian (ADVT) asing menokok 29 peratus untuk melepasi paras RM1 bilion buat pertama kali dalam 10 minggu. Jajaran dagangan kasar pada minggu dikaji ialah antara RM936 juta hingga RM1.5 bilion.

Ia berkata, pembabitan pelabur runcit juga meningkat pada minggu dikaji, dengan ADTV runcit meningkat sembilan peratus kepada RM880 juta, berada di atas paras RM800 juta untuk enam minggu berturut-turut. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gWM3RP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.