Gadis manis bawa traktor, ‘kasut tidak kotor’ jadi kecaman (VIDEO)
Paparan video menunjukkan Nurul Syifa Mat Dzahid mengendalikan traktor di sawah, suatu perkara biasa kepada kakitangan Mada ketika membuat lawatan tapak. — Foto ihsan Facebook/Kota Kuala Muda KedahKUALA LUMPUR, 19 Sept — Seorang pembantu tadbir komunikasi korporat tidak menyangka rakamannya mengendali traktor di sawah yang menular di media sosial, dikecam ramai.
Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, juga terkilan dengan label gadis cantik gemar melakukan perkara 'bodoh' demi meraih populariti, lapor mStar Online.
Apatah lagi, ramai tertumpu kepada kasut putihnya yang tidak dipalit kotoran berbanding kebolehannya mengendali jentera itu.
“Kasut saya bukannya tidak kotor, masa rakaman tu dibuat, saya naik dari tebing. Sebab itu nampak bersih.
“Tapi kemudian barulah kotor ketika saya hendak turun dari jentera tersebut. Tidak terfikir pula orang akan kecam pasal kasut,” kata yang bertugas di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
Gadis kelahiran Jitra, Kedah itu berkata mengendalikan traktor perkara biasa kepada kakitangan Mada ketika membuat lawatan tapak.
Beliau berkata majikannya juga tidak menganggap perbuatannya memuat naik rakaman menjejaskan nama baik Mada.
Sumber Gadis manis bawa traktor, ‘kasut tidak kotor’ jadi kecaman (VIDEO)
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f6T9Tj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment