Pelajar IPT dituduh bunuh bayi di tandas stesen minyak
Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan. — Paparan skrin GoogleKANGAR, 19 Sept — Seorang pelajar institusi pendidikan tinggi didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan yang baru dilahirkannya pada awal bulan ini.
Nur Azian Khalid, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di tandas lelaki stesen minyak Shell Jalan Kaki Bukit, Kangar pada 1 Sept lepas sekitar 6.35 pagi.
Tertuduh yang belajar di Pulau Pinang pulang untuk bercuti sempena Aidiladha di rumah datuknya di Kaki Bukit dan dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan di stesen minyak tersebut.
Dia dituduh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Azhar Hamzah menetapkan 14 Dis ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman. — Bernama
Sumber Pelajar IPT dituduh bunuh bayi di tandas stesen minyak
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w456QQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment