Gambar separuh bogel: Majalah perlu bayar pampasan RM965,250 kepada Putera William dan Kate Middleton
PARIS: Mahkamah Perancis hari ini memutuskan, majalah selebriti negara itu perlu membayar 100,000 euro (RM508,026) sebagai pampasan kepada Putera William dan isterinya, Kate berhubung gambar separuh bogel yang diterbitkan pada 2012.
Mahkamah juga mengarahkan pengarang majalah Closer, Laurence Pieau dan penerbit Ernesto Mauri masing-masing membayar denda 45,000 euro setiap seorang (RM456,953).
Pasangan diraja itu menuntut pampasan berjumlah 1.5 juta euro (RM7.62 juta) termasuk faedah.
Peguam majalah, Paul-Albert Iweins berkata, beliau ‘berpuas hati’ dengan keputusan pampasan yang perlu dibayar, namun hukuman denda itu ‘diperbesarkan untuk isu peribadi.’
Bagi pihak pasangan diraja itu, peguam mereka, Jean Veil enggan mengulas, menambah Istana Kensington akan mengeluarkan kenyataan.
Dua jurugambar agensi itu, Cyril Moreau, 32, dan Dominique Jacovides, 59, masing-masing didenda 10,000 euro (RM50,803) dengan 5,000 euro (RM25,401) tertangguh.
Gambar kabur Kate Middleton berjemur memakai seluar bikini diambil ketika beliau bercuti pada September 2012 di selatan Perancis bersama suaminya.
Gambar pasangan itu diambil menggunakan lensa panjang sedang berehat di tepi kolam renang di sebuah banglo milik Viscount Linley, anak saudara Ratu Elizabeth. -AFP
Sumber: Bharian
Sumber Gambar separuh bogel: Majalah perlu bayar pampasan RM965,250 kepada Putera William dan Kate Middleton
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vMo2Hq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment