Guru Besar Minta Dibicara Tuduhan Rasuah
KUCHING: Seorang guru besar hari ini dihadapkan di mahkamah atas tuduhan rasuah kerana mengarahkan sebuah syarikat penyajian makanan melantik Ismas Catering, milik isterinya menjadi pembekal makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan kepada SK Gita 2, pada harga RM86,190.
Menurut kertas pertuduhan, pada 1 Julai tahun lepas, Ismail Idris, 57, dari Sekolah Kebangsaan Tan Sri Dr Sulaiman Daud (dulu dikenali SK Gita 2) di sini, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan habuan dengan mengarahkan Mazuri Katering melantik Ismas Catering melaksanakan kerja seperti yang disebut dalam kontrak berkenaan.
Dia dituduh mengikut Sekseyn 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai habuan diterimanya.
Ismail mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 11 hingga 13 Nov sebagai tempoh pendengaran dan mengenakan ikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin terhadap tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ikhwan Mohd Ibrahim, manakala Ismail diwakili peguam Khairul Azmi.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xZcjml
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment