Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Selamat Ke Amerika Syarikat, Usaha Sabotaj Pembangkang Gagal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Selamat Ke Amerika Syarikat, Usaha Sabotaj Pembangkang Gagal

Sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu dengan Donald Trump di White House, macam-macam usaha dilakukan oleh pembangkang untuk membatalkan misi lawatan itu.

Hinggakan ke tahap penasihat DAP, Lim Kit Siang sanggup menghantar surat terbuka kepada anggota kabinet pada 28 Ogos lalu, menggesa mereka supaya membatalkan lawatan kerja Najib ke Washington yang bermula esok.

Meskipun lawatan Perdana Menteri adalah atas jemputan Presiden Amerika Syarikat itu sendiri, namun pembangkang tidak puas hati. Selain Kit Siang, Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden PKR, telah meminta supaya kerajaan mendedahkan laporan siasatan audit negara berkaitan 1MDB sebelum Najib terbang ke AS.

Wan Azizah cuba untuk membuktikan bahawa Najib bersalah tetapi beliau terlupa siasatan telah dijalankan oleh banyak agensi penguatkuasa mengenai 1MDB dan terbukti Najib tidak bersalah.

Hatta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai oleh pembangkang sendiri menyatakan bahawa Najib bersih daripada semua tuduhan mengenai 1MDB.

Bukan Wan Azizah sahaja, malah Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad yang paling lantang mengkritik Najib juga tidak mahu terlepas peluang. Beliau mendakwa pertemuan antara Najib dan Trump itu sebagai kemuncak campur tangan asing dalam urusan dalaman negara.

Pelik. Sedangkan Mahathir yang sebelum ini beria-ia mengundang campur tangan asing termasuk menggunakan media asing untuk memburukkan Najib. Media-media seperti New York Times, Sarawak Report, Wall Street Journal (WSJ) dan Washington Post ketika ini bersungguh-sungguh memburukkan Najib.

Hinggakan WSJ mencadangkan supaya Trump menggunakan alasan Taufan Harvey dan Irma untuk membatalkan perjumpaan dengan Najib. Sampai begitu sekali media asing ini cuba memburukkan Malaysia dan cuba melaga-lagakan Najib dengan Trump.

Jadi bila Mahathir mempersoalkan mengenai campur tangan asing, memang kedengaran pelik sedangkan pembangkang yang mengundang campur tangan asing selama ini.

Mahathir sepatutnya risau mengenai Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat mengenai kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung urus niaga mata wang asing (Forex) yang berlaku pada zamannya memerintah.

Bayangkan kerugian dianggarkan RM31.5 bilion tetapi Mahathir pada masa itu tidak bertindak meskipun dimaklumkan mengenainya. Beliau sebaliknya "buat bodoh" sahaja kerugian yang berlaku di bawah hidungnya itu.

Mahathir menyatakan "Sometimes, we make profits and sometimes we make losses''.

Tetapi dengan 1MDB, Mahathir begitu `prihatin' sekali. Mahathir dan pembangkang cuba menggunakan isu Jabatan Keadilan (DOJ) AS sebagai cubaan akhir menghalang Najib bertemu Trump walaupun DOJ sebenarnya tidak pernah memburukkan Najib pun. Tetapi ia tidak berjaya.

Dan hakikatnya pertemuan Najib dengan Trump ini sarat dengan agenda penting termasuk menyuarakan kekejaman yang diterima etnik Rohingya di Myanmar.

Bukan calang-calang pemimpin dapat menyuarakan isu Rohingya secara empat mata dengan Trump tetapi Najib melakukannya.

Di saat Amerika Syarikat sedang berdepan dengan kesan taufan Harvey dan Irma di beberapa kawasan namun Trump masih sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan Najib yang hadir ke White House atas jemputannya.

Inilah yang dicemburui oleh pembangkang kerana negara kuasa dunia seperti Amerika Syarikat dan China kini menjalin hubungan akrab dengan Malaysia, iaitu sesuatu yang cuba dilakukan pembangkang sejak sekian lalu tetapi tidak berjaya.

Trump dijangka membersihkan Najib dari semua tuduhan DoJ. Raja Salman sudah bersihkan cerita mengenai RM2.6 billion.

Bila semua sudah bersih, pembangkang mahu main isu apa lagi? Pembangkang sudah tandus isu. Sekarang ini, jawablah kepada rakyat, mana hilangnya RM32 billion itu?


Tulisan :
Beruang Biru
BB573, Isnin
11 September 2017


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZeA3L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.