Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jaim dipecah masuk, 3 kertas soalan hilang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jaim dipecah masuk, 3 kertas soalan hilang

Jadual bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Khamis menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan pelaksanaan peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Okt ini.

“Ini kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut dan penyusunan jadual baharu adalah bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Jadual baharu bagi UPKK 2017 adalah seperti berikut: Isnin (2 Okt) 2.15 petang hingga 3.45 petang – Sirah 4 petang hingga 5.30 petang – Adab (Akhlak Islamiyah) I;  Selasa (3 Okt) 2.30 petang hingga 4 petang – Lughah al-Quran; Rabu (4 Okt) 2.30 petang hingga 4 petang – Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) 4.15 petang hingga 5.15 petang – Adab (Akhlak Islamiyah) II; Khamis (5 Okt) 2.30 petang hingga 4 petang – Pelajaran Jawi dan Khat.

Sementara itu, Othman berkata pihak JAIM telahpun membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kes pecah masuk berkenaan dan siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jakim memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan perkara ini,” katanya. – Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Jaim dipecah masuk, 3 kertas soalan hilang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xBzANU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.