Hi! Welcome Back and Stay Tune! JHS Bakar Balak Haram Yang Dirampas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JHS Bakar Balak Haram Yang Dirampas



KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengambil tindakan lebih tegas dengan memusnahkan balak haram yang dirampas, bukan lagi melelongnya seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Tindakan itu diambil bagi membendung kegiatan pembalakan haram yang didapati masih berterusan, walaupun jumlahnya kini semakin berkurangan.

Sumber dalaman JHS berkata, pemusnahan balak haram yang dirampas itu dilakukan mulai awal tahun ini dengan yang terbaharu, 300 balak dibakar oleh JHS di Belawai dekat Sarikei, Rabu lalu.

"Sebelum ini, semua balak haram yang dirampas atau ditinggalkan oleh pembalak haram bagi mengelak dikenakan tindakan, akan diangkut ke pejabat JHS terdekat sebelum dilelong.

"Tetapi pendekatan JHS berubah sejak awal tahun ini apabila balak yang dirampas akan dimusnahkan dan pegawai penguat kuasa JHS diarahkan untuk membakar kayu balak yang dirampas itu atau yang ditemui ditinggalkan oleh pencuri," katanya.

Beliau berkata, ia adalah pendekatan baharu JHS sebagai mesej kepada pembalak haram bahawa pihaknya serius menghentikan aktiviti pembalakan haram.

"Kami ingin memberitahu pembalak haram itu supaya tidak main-main dengan kami. Kami serius dalam hal ini dan kami akan lakukan apa yang kami kata," katanya.

Mengenai balak yang dibakar pihaknya di Belawai itu, beliau berkata ia adalah hasil rampasan dalam operasi pengawasan udara yang diketuai oleh Ketua Unit Pembangunan Aplikasi Sistem (SADU) JHS, Dr Affendi Suhaili, minggu lalu.

"Operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan di kawasan lebih 55,000 hektar meliputi Tanjung Manis dan Batang Belawai.

"Kami menggunakan sebuah helikopter yang telah dilengkapi alat pengimbas yang dikenali sebagai Sensing Airborne Hyper-Spectral selain penggunaan bot sepanjang operasi dengan membabitkan seramai 15 pegawai penguatkuasa," katanya.

JHS mula menggunakan pengawasan udara dengan peralatan canggih yang dijalankan untuk membongkar aktiviti pembalakan haram dan penyeludupan kayu sejak 2015.

"Kami merancang untuk melakukan lebih banyak pengawasan udara tahun ini tanpa mengira siang dan malam," katanya. - BHonline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jiezSi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.