Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kapten' Adib Sedia Berhijrah Ke Thailand - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kapten' Adib Sedia Berhijrah Ke Thailand


Kapten skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Muhammad Adib Zainudin sedia berhijrah ke Thailand sekiranya mendapat tawaran untuk beraksi dengan mana-mana kelab liga utama di negara terbabit.

Pemain pertahanan Felcra FC itu mengesahkan masih belum menerima sebarang tawaran bertulis daripada mana-mana kelab di Thailand yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya susulan prestasi cemerlangnya ketika membantu Malaysia meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan lalu.

“Jika perkara itu benar dan tawaran itu menarik, saya akan pergi ke sana kerana impian saya semestinya mahu beraksi dengan kelab luar negara terutamanya dalam mengembangkan karier bola sepak saya,” katanya ketika ditemui pada klinik futsal remaja​​​​​​ 2017 anjuran SZ Camp, hari ini.

Laporan sebuah akhbar tempatan sebelum ini menyatakan enam pemain muda negara iaitu Adam Nor Azlin (Selangor), Muhammad Adib dan N Thanabalan (FELCRA FC), Syamer Kutty Abba dan Muhd Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta pemain Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih diintai kelab dari Liga 1 Thailand selepas mempamer aksi memberangsangkan pada KL2017.

Dalam pada itu, Muhammad Adib mendedahkan beberapa kelab Liga Perdana dan Liga Super sekitar Lembah Klang berminat untuk mendapatkan khidmatnya namun tiada sebarang kata putus dicapai setakat ini.

“Jika ada tawaran, saya sedia mempertimbangkan tawaran mereka,” katanya yang mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini bersama Felcra FC.-Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gX7mTm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.