Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pantang Jumpa Lelaki Terus Buat Seks - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pantang Jumpa Lelaki Terus Buat Seks

Gambar Hiasan
KOTA BHARU: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun disahkan hamil tiga bulan selepas melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu, lapor Sinar Harian.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas abang kepada pelajar tingkatan lima itu membawanya ke balai polis bagi memaklumkan kepulangan mangsa berkait laporan dibuat di balai polis Binjai.

Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan iaitu tiga di Bachok, manakala satu lagi di Kota Bharu, yang mana dua daripadanya terjadi tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

Nik Aminuddin menjelaskan pengadu telah diambil oleh teman lelakinya yang juga merupakan rakan sekelas di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu dan membawanya ke sebuah rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Nik Aminuddin berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki yang turut sama memaksanya melakukan seks.

Beliau berkata, selepas selesai melempiaskan nafsu pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah.

Tidak berhenti di situ, ketika pengadu berada di rumah, dia menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali yang mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta membonceng motosikal ke Bachok.

Mereka kemudian menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” kata Nik Aminuddin.

Sehubungan itu, Nik Aminuddin berkata polis kini sedang giat mengesan dua suspek lelaki yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks dan kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.-Malaysian Digest


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xpDSZ5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.