Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPKT Bakal Lawat Tapak Cadangan Projek PPR P.Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPKT Bakal Lawat Tapak Cadangan Projek PPR P.Pinang

GEORGE TOWN – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan lawatan teknikal ke tapak cadangan pembinaan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jelutong di sini yang dicadangkan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata pihak kementerian melalui surat bertarikh 8 Ogos telah bersetuju untuk melawat tapak cadangan PPR itu bagi menilai kesesuaian tapak.

“Hasil perbincangan saya bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar awal tahun ini, pihak KPKT telah mengambil maklum permohonan kerajaan negeri untuk projek PPR di Jelutong yang dicadangkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata surat itu yang diterima semalam menyatakan bahawa satu lawatan teknikal ke tapak-tapak berkenaan akan diatur bagi menilai kesesuaian tapak selaras dengan Perkeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bil 2 Tahun 2009 iaitu Garis Panduan dan Peraturan Pemilihan Tapak dan Keperluan Peralatan Projek.

Jagdeep berkata kerajaan negeri mencadangkan dua lot tanah iaitu Lot 10042 dan Lot 10043 di Jelutong seluas empat hektar berhampiran Jalan Kota Giam untuk dibangunkan rumah PPR.

“Sebagai penambahan, kami juga mencadangkan satu lagi lot seluas 14 hektar di antara Lot 10042 dan Lot 10043 untuk didirikan projek PPR bagi memenuhi pemohonan projek itu,” katanya.

Beliau berkata mereka yang layak memohon projek PPR adalah mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih RM1,500 sebulan dan setakat ini sebanyak 2,008 pemohon telah direkodkan dan sedang menunggu projek PPR di negeri ini.

“Mengikut rekod, Pulau Pinang hanya mempunyai 698 unit rumah PPR dan oleh itu saya amat berharap kerajaan persekutuan akan mendirikan lebih banyak projek PPR demi rakyat,” katanya.

Beliau berkata pembinaan projek PPR adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan manakala setelah siap kelak, rumah PPR itu akan diselenggara oleh kerajaan negeri.

“Pihak kerajaan negeri amat mengalu-alukan lawatan KPKT bagi menilai kesesuaian tanah dan seterusnya meluluskan projek itu,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wTOfkV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.