Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kucing Juga Boleh Tersinggung: Ini 6 Cara Terbaik Pujuk Kucing Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kucing Juga Boleh Tersinggung: Ini 6 Cara Terbaik Pujuk Kucing Anda

Kucing Juga Boleh Tersinggung: Ini 6 Cara Terbaik Pujuk Kucing Anda

Foto: Instagram @bujibuchempel

Pencinta kucing sekalian, pernah tak anda tinggalkan kucing kesayangan dalam tempoh yang agak lama ataupun terlupa nak beri makan, kucing anda seolah-oleh lain macam? Haiwan comel ini juga ada hati dan perasaan. Tahukah anda bahawa kucing mudah tersinggung dan marah jika ada sesuatu yang melukai hatinya. Tapi jangan risau, haiwan kesayangan Nabi ini juga seorang yang pemaaf namun anda harus tahu macam mana nak pujuk.

1. Cari masa yang sesuai.

Kalau anda rasa si comel seperti sedang menyendiri dan merajuk, biarkan dia terlebih dahulu. Jangan dikejar ataupun dipaksa. Berikan dia sedikit masa merasai kehadiran anda dan apabila dia kelihatan tenang, barulah dekati.

2. Cari punca kucing anda merajuk.

Adakah anda terlalu lama tinggalkan dia, terlupa memberi makan, ada anak kawan anda mengasarinya atau pun tak sengaja terpijak ekornya? Ambil perhatian yang lebih pada kucing anda ketika itu dan anda boleh ambilnya dan bawa ke tempat kegemarannya. Sama ada di sudut balkoni atau pun di belakang pintu, kucing anda akan berasa lebih selesa.

3. Dekati kucing secara perlahan.

Kucing ini haiwan yang sangat lembut dan manja. Jadi, ambil secara paksaan akan membuat si dia tambah memberontak. Sikap tenang anda merupakan kunci untuk mengambil kembali kepercayaannya.

4. Sentiasalah bermain atau bercakap dengannya.

Kucing akan mengerdipkan matanya pada orang yang disayangi. Apabila si comel ini mengenali tuannya, dia sering menatap tuannya lama-lama dan pada masa inilah anda boleh bermain dan bercakap dengannya.

5. Belai kucing di bahagian kepala dan leher.

Hampir semua kucing peliharaan suka dimanja dan dibelai terutamanya di bahagian kepala dan leher. Sambil anda menonton TV, angkat kucing anda, letakkan disisi atau diatas riba dan belailah si comel dengan penuh kasih sayang.

6. Berikan makanan atau snek kegemarannya.

Cara terakhir ini selalunya akan berhasil untuk memujuk kucing anda. Dikala anda menyediakan makanan atau snek kegemaran, mana mungkin ada kucing yang menolak. Anda boleh memberikan beberapa pilihan makanan seperti makanan kering seperti biskut ataupun makanan basah seperti ikan.



Sumber Kucing Juga Boleh Tersinggung: Ini 6 Cara Terbaik Pujuk Kucing Anda

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hfd17B

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.