Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulasan Minit Mesyuarat RBA: Pendapatan Isi Rumah Dan Perbelanjaan Dijangka Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulasan Minit Mesyuarat RBA: Pendapatan Isi Rumah Dan Perbelanjaan Dijangka Meningkat

Bank pusat Australia (RBA) bertambah yakin dengan keadaan ekonomi negara mereka, disokong oleh perkembangan yang baik pada pasaran buruh walaupun masih bimbang dengan kenaikan hutang isi rumah serta nilai aussie dolar yang mengukuh.

Dalam minit mesyuarat RBA bulan September hari ini, penggubal polisi turut meragui adakah pekerjaan yang kukuh akan membawa kepada kenaikan pendapatan tidak lama lagi.

Bagi menstabilkan risiko ketinggian hutang swasta dan inflasi yang bergerak perlahan, RBA telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50%, paras yang sama sejak Ogos 2016 yang lalu. Ramai dikalangan ahli ekonomi menjangkakan kadar ini akan kekal sehingga tahun depan.

Walau bagaimanapun, data terkini daripada pasaran buruh telah meningkatkan keyakinan bank pusat terhadap kondisi ekonomi Australia.

Laporan menunjukkan, “Perkembangan yang kukuh dijangka akan berterusan, di mana akan meningkatkan pendapatan isi rumah serta perbelanjaan di masa hadapan”.

Bank pusat masih melihat peningkatan pendapatan akan kekal perlahan untuk satu tempoh masa, namun akan mula naik secara beransur-ansur.

Pada minggu lepas, data pekerjaan Australia melonjak kepada 54,200 bagi bulan Ogos, peningkatan paling tinggi sejak Oktober 2015. Pekerjaan tetap turut menunjukkan kenaikan yang positif tahun ini selepas susut di tahun 2016.

Keuntungan korporat juga menyokong keyakinan perniagaan dan berada di paras paling kukuh sejak 2008.

Dengan data-data yang positif, RBA menjangkakan ekonomi yang bernilai A$1.7 trillion ini berpotensi untuk berkembang melebihi 3 peratus beberapa tahun lagi.

Namun kebimbangan terhadap kadar pengangguran yang berada pada paras setinggi 5.6 peratus, menunjukkan masih ramai penduduk sedang mencari pekerjaan. Hal ini menjadi menghalang kepada kadar kenaikkan pendapatan yang meningkat dengan perlahan di paras 1.9%

Hutang isi rumah yang meningkat melebihi pendapatan juga boleh memberi tekanan kepada perbelanjaan. Antara faktor yang mendorong peningkatan hutang adalah spekulasi dalam sektor hartanah terutamanya di Sydney dan Melbourne dimana harga rumah meningkat dua kali ganda sejak 2008.

Pegawai bank pusat juga menjelaskan bahawa peningkatan dolar Australia yang mencapai $0.8125 berbanding dolar pada bulan ini, didorong oleh penurunan berterusan US dolar

Mereka turut memberi amaran jika nilai Aussie naik lebih tinggi akan memberi tekanan kepada harga pengguna serta perkembangan ekonomi dan pekerjaan di masa hadapan.

The post Ulasan Minit Mesyuarat RBA: Pendapatan Isi Rumah Dan Perbelanjaan Dijangka Meningkat appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xiSdW7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.