Mangsa Politik Toksik Di Pulau Pinang Lawan Wanita Bantah Politik Toksik
Ketika seribu wanita PH berarak di ibu kota berpakaian ungu dengan tema perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’, seorang ADUN wanita Pulau Pinang yang menentang kilang toksik dilaporkan menjadi mangsa politik toksik sesetengah pemimpin PH negeri tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin daripada parti PKR semalam seperti yang dilaporkan media, mengakui tindakannya membangkitkan isu kilang haram toksik di Kampung Sungai Lembu menyebabkan kerajaan negeri PH pimpinan DAP tidak menyukainya.
“Saya tahu tindakan ini berlawan arus dan diberi kesan buruk kepada karier politik tetapi demi tugas untuk selesaikan aduan rakyat yang terseksa dengan masalah ini, saya akan terus berusaha serta bangkitkan pada persidangan DUN.”
“Usaha saya membangkitkan masalah itu pada sidang DUN lalu akhirnya diambil perhatian dan berharap lebih banyak kilang haram dapat ditangani melalui proses pemutihan oleh JAS supaya premis mereka boleh beroperasi mengikut peraturan ditetapkan,” kata Dr Norlela kelmarin.
Dalam pada itu, perarakan yang mengambil tempat kelmarin menghimpunkan ramai tokoh-tokoh wanita yang mahu kerajaan mendengar suara wanita dan jika kerajaan tidak berbuat demikian, ianya akan dilabel sebagai satu amalan politik kotor.
Perarakan di ibu negara kelmarin menghimpunkan antara lain tokoh-tokoh seperti Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Marina Mahathir, Noor Farida, Ambiga Sreenevasan, Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Maria Chin.
Dr Norlela tidak mendapat pembelaan sewajarnya, malah beliau dilihat menjadi mangsa kerana meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik dalam isu kilang toksik di Pulau Pinang. Peruntukan untuk pusat khidmat ADUN ini turut disekat.
Dr Norlela Ariffin berkata, “Saya pernah usulkan akta itu pada sidang DUN dua tahun lepas supaya kerajaan negeri DAP mengambil tindakan ke atas kilang memproses habuk kayu di Sungai Lembu yang beroperasi lebih 10 tahun namun, Ketua Menteri (Lim Guan Eng) menolaknya,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xweAbN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment