Solekan tebal Bella di hari nikah dikritik netizen
DI SEBALIK kemeriahan majlis perkahwinan pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella dengan usahawan Malaysia Engku Emran, ada kritikan oleh netizen mengenai solekan wajah Bella yang dikatakan tidak sesuai dengan pelakon cantik itu.
Peminat menganggap solekan yang dikenakan kepada Bella terlalu sarat dan wanita itu lebih cantik mengenakan solekan ringkas seperti kebiasaan.
Berbeza pandangan dengan netizen, pereka fesyen popular Indonesia iaitu Ivan Gunawan mempunyai pendapat tersendiri mengenai gaya solekan yang diberi kepada pelakon Surga Yang Tak Dirindukan 2 itu.
Menurut portal hiburan bintang.com, Ivan berkata setiap orang mempunyai cita rasa tersendiri dan netizen yang memberi komen bukanlah seorang jurumekap profesional yang mempunyai ilmu mengenai hal solekan.
“Setiap orang ada impian perkahwinan, jadi netizen tidak boleh memberi kritikan begitu kerana mereka bukan jurumekap yang mempunyai ilmu mengenai solekan.
“Bagi saya, solekannya bagus dan sempurna,” katanya.
Dalam pada itu, Ivan yang juga juri rancangan realiti D’Academy Asia ini berkata terdapat pelbagai faktor yang membuatkan solekan Bella kurang menyerlah antaranya pencahayaan yang kurang ketika foto tersebut diambil.
“Kemungkinan kurang pencahayaan di ruangan tersebut menyebabkan solekan Bella tidak menyerlah.
“Jenis kamera yang mengambil foto tersebut juga harus diambil kira kerana semasa itu semua orang mahu bergambar, jadi mungkin foto yang diambil tidak sempurna sehingga menganggu kualiti imej yang dirakam,” ujarnya.
Bella dan Engku Emran bernikah pada 8 September lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Sumber: Mstar
Sumber Solekan tebal Bella di hari nikah dikritik netizen
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYr4VF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment