Hi! Welcome Back and Stay Tune! MUKHRIZ RAYU AHLI PAS SOKONG HARAPAN, WALAUPUN PEMIMPIN ENGGAN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MUKHRIZ RAYU AHLI PAS SOKONG HARAPAN, WALAUPUN PEMIMPIN ENGGAN

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta penyokong PAS menjauhi Umno, walaupun di saat pemimpin mereka dilihat semakin dekat dengan parti itu.

Beliau berkata, usaha menyelamatkan negara menjadi semakin rumit apabila pemimpin PAS semakin mesra dengan parti yang dulu dianggap sebagai musuh ketat mereka.

“Saya merayu kalau tak diberi (peluang oleh) kepimpinan PAS, biarlah ahli dan penyokong bersama kami. Ini peluang untuk selamatkan negara, untuk jamin masa depan anak cucu kita.

“Kalau tuan-tuan rasa cukup-cukuplah dengan rasuah, salah guna kuasa, curi duit rakyat, maka saya minta bersama kami,” katanya ketika berucap di sebuah program di Ayer Hitam, menerusi rakaman yang disiarkan di Facebooknya semalam.

Hubungan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin rapat, dengan Abdul Hadi sebelum ini tidak menolak untuk bekerjasama dengan Umno terutama dalam isu melibatkan Melayu dan Islam.

Hubungan antara PAS dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) pula semakin menuju jalan buntu, apabila hanya PKR sahaja yang dilihat masih mahu meneruskan hubungan bagi mengelakkan persaingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Majlis Presiden HARAPAN minggu lalu mengeluarkan kenyataan ringkas menyatakan tidak akan ada sebarang kerjasama dengan PAS, dan disusuli kenyataan Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan yang bernada sama, beberapa hari kemudian.

Mukhriz yang juga bekas naib presiden Umno berkata, ahli dan penyokong PAS perlu faham yang PRU akan datang adalah peluang keemasan bagi mengubah negara ke arah yang lebih baik.

“Sangat merugikan kita kerana ini peluang keemasan, inilah satu-satunya masa untuk kita buat perubahan besar kepada negara, dari kepimpinan mungkar.

“Kita dituntut amal makruh nahi mungkar…Jadi tanggungjawab kita menawan kemungkaran. Bila PAS bersama Umno, rumit kerja kami untuk menggagalkan kemungkaran yang dilakukan kepimpinan Najib,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xcEvVZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.