Hi! Welcome Back and Stay Tune! NAJIB NEGARAWAN? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NAJIB NEGARAWAN?

Semua kita tahu majlis menyambut kepulangan Najib Razak daripada lawatan yang antara lainnya untuk membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat telah diadakan malam semalam di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Semua kita juga tahu melalui surat jemputan yang tular di media-media sosial, mereka yang menyambut kepulangan Najib digalakkan membawa sepanduk dan kain rentang yang mengandungi kata-kata semangat serta pujian untuk menggambakan lawatan beliau bertemu Donald Trump adalah suatu kejayaan bagi negara.
Daripada sekian banyak sepanduk dan kain rentang yang terdapat di majlis sambutan itu, ada satu yang paling menarik perhatian iaitu yang tertulis perkataan SELAMAT PULANG NEGARAWAN.
Ia tampaknya dipegang oleh seorang wanita muda bersama sekumpulan rakan-rakannya yang dipercayai daripada Pergerakan Puteri UMNO.
Amboiii…negarawan tuu!!
Tapi, adakah Najib seorang negarawan atau layak digelar negarawan?
Apa sebenarnya maksud negarawan?
Fahamkah orang yang memegang sepanduk itu tentang erti sebenar perkataan negarawan?
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, negarawan membawa maksud – orang yang mahir benar dengan cara-cara pemerintahan negara, ahli negara atau pemimpin politik yang sangat dihormati kerana sifat-sifat seperti kebijaksanaannya, kejujurannya dan lain-lain yang unggul.
Berdasarkan pengertian tersebut dan jika dikaitkan dengan perkara yang bukan lagi rahsia mengenai Najib sepanjang beliau memegang jawatan Perdana Menteri sejak 2009, adakah beliau benar-benar seorang negarawan?
Atau kepimpinan beliau lebih menyebabkan negara semakin ketiadaan wang dan bertambah banyak hutang?

Negarawan ke macam tu?

– http://ift.tt/1Ka9Gf1



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqfjKS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.