PM: Tak payah lagi buat slogan Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian
KUCHING: Tidak payah lagi buat slogan Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian, kata Perdana Menteri kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.
Menyampaikan amanat sempena Hari Malaysia di depan lebih 30,000 rakyat berbilang etnik di Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu malam tadi, Datuk Seri Najib Razak berkata, yang perlu diutamakan ialah Sabah dan Sarawak untuk Malaysia dan Malaysia untuk Sabah dan Sarawak.
“Kita berunding secara adik-beradik,” katanya merujuk kepada keputusan jawatankuasa yang mengkaji hak Sarawak dan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia.
Penganalisis politik berkata, pelbagai pihak di Sarawak dan Sabah menyemarakkan slogan dan sentimen berkenaan beberapa tahun kebelakangan ini sehingga kadangkala dilihat bersifat anti-Semenanjung dan terlalu mengutamakan sifat dan sentimen kenegerian yang bertentangan dengan sistem persekutuan.
Keputusan itu, kata Najib akan diumumkan tidak berapa lama lagi.
Najib bertekad untuk merapatkan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dengan menyalurkan peruntukan khas untuk melaksanakan lebih banyak kemudahan di kedua-dua negeri terbabit. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fdggiI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment