Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tebuan Bersarang Atas Siling Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tebuan Bersarang Atas Siling Rumah


Lelaki hanya menyedari tebuan bersarang di siling rumahnya di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang apabila hampir disengat serangga itu di kepala, semalam.

Raja Hazami Raja Idris, 46, yang bekerja kampung berkata, dia sebelum itu tidak menyedari siling di ruang tamu rumahnya menjadi tempat tebuan bersarang.

"Saya sedar apabila hampir disengat tebuan di kepala dan melihat beberapa ekor serangga itu memasuki lubang kecil di atas siling ruang tamu rumah.

"Melihat itu, saya segera menelefon Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang untuk bantuan pada 11.50 pagi.

"Terkejut saya melihat sarang tebuan memenuhi bahagian siling dan sudah sebesar pinggan, mungkin sudah sebulan ia bersarang," katanya, hari ini.

Dia bersyukur sempat menyedari sarang itu, apatah lagi mempunyai anak bongsu yang berusia dua tahun.

"Jika lambat sedar, tidak tahulah apa akan jadi. Teringat saya kes kanak-kanak perempuan di Besut, Terengganu yang maut disengat tebuan dulu," katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Gua Musang, Mohd Yusalmi Mohd Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan kejadian itu pada 11.50 pagi.

Beliau berkata, tiga anggota dikejar ke lokasi dengan sebuah jentera dan berjaya memusnahkan sarang tebuan itu dalam tempoh 20 minit.

"Anggota kita terpaksa tebuk siling rumah bagi memudahkan kerja memusnahkan sarang," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xqbJRK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.