Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Video] Orang kena rompak tapi lelaki ni selamba lipat baju - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Video] Orang kena rompak tapi lelaki ni selamba lipat baju

“Saya pelik mengapa lelaki itu tidak menunjukkan usaha mahu membantu. Malah dia dilihat selamba melipat baju yang dikeluarkan dari mesin dobi,” ujar seorang nitizen berhubung viral kejadian rompakan di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Sri Gombak, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian rompakan membabitkan tiga suspek lelaki bersenjatakan parang menjadi perdebatan ramai apabila seorang pelanggan lelaki dilihat seolah-olah tidak terkejut dengan kejadian itu.

Suspek dikatakan merompak wanita yang juga pengarah syarikat yang kebetulan berada di dalam premis itu menyebabkan mangsa kerugian RM15,000.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun berada di premis itu bersama suami dan anak mereka yang berumur sembilan tahun.

“Tiga lelaki tiba-tiba muncul dan mengacukan parang terhadap mangsa. Penjenayah memaksa mangsa menyerahkan wang dan barangan berharga sebelum melarikan diri.

“Kejadian menyebabkan mangsa cedera di jari tangan. Dia melaporkan perkara itu di Balai Polis Gombak, jam 1.08 pagi, Sabtu lalu,” katanya.

Rakaman insiden kejadian itu yang menjadi tular mencetuskan tanda tanya apabila seorang pelanggan lelaki dilihat tidak menghiraukan rompakan yang berlaku.

Malah lelaki terbabit terus melipat pakaian yang dikeringkan menggunakan mesin di kedai dobi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian rompakan itu.

“Suspek melarikan melarikan telefon pintar, wang tunai, barangan kemas serta dokumen pengenalan diri.

“Kami masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber [Video] Orang kena rompak tapi lelaki ni selamba lipat baju

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wL1q7C

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.