Vivo V7+ Dilancarkan Dengan Skrin FullView Display Serta Kamera Selfie 24-Megapixel
Penantian pelancaran Vivo V7+ berakhir sebentar tadi dengan pelancarannya di India. Seperti yang dijanjikan peranti ini mengemukakan rekaan baru hampir semua skrin bagi jenama Vivo dengan skrin FullView Display. Menurut Vivo skrin mengambil 84.4% ruang hadapan kedua-dua peranti ini.
Dari segi spesifikasi Vivo V7+ dilengkapi skrin 5.99″ FullView display bernisbah 18:9, pemproses Snapdragon 450, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 64GB. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera selfie pula sebesar 24-Megapixel f/2.0. Ini menjadikannya peranti dengan kamera selfie terbesar pernah dilancarkan setakat ini. Kamera yang besar ini turut menyokong sistem nyahkunci imbasan wajah Face Access.
Fungsi lain yang disertakan ialah pengimbas cap jari dan cip audio khas untuk menikmati audio berdefinasi tinggi. Bateri sebesar 3225 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas. Harga jualan ialah ₹ 21,990 (~RM 1447).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xcKFW7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment