Hi! Welcome Back and Stay Tune! 200 rakyat Iraq Syiah ditahan di Selangor dibebaskan selepas tekanan dari Iraq - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

200 rakyat Iraq Syiah ditahan di Selangor dibebaskan selepas tekanan dari Iraq

shia-1

Lebih 200 warganegara Iraq yang ditahan pihak berkuasa Islam di Selangor baru-baru ini kerana menyertai sebuah upacara Syiah, dibebaskan selepas mendapat tekanan dari Iraq.

Kebanyakan warga Iraq itu yang merupakan pelajar sedang mengikuti pengajian sarjana dan ijazah lanjutan, ditahan bersama ahli keluarga mereka ketika pihak berkuasa mengadakan serbuan menjelang sambutan Asyura yang jatuh pada kalendar Hijrah 10 Muharam setiap tahun.

Pengikut Syiah di seluruh dunia mengadakan pelbagai upacara pada minggu sambutan Hari Asyura bagi memperingati kewafatan cucu Nabi Muhammad, Saidina Hussein lebih 1,000 tahun lalu dalam pertempuran di Karbala, Iraq.

Beberapa media berbahasa Arab melaporkan rakyat Iraq yang ditahan itu dibebaskan susulan tekanan dari Baghdad.

“Belia yang ditahan di Malaysia semuanya sudah dibebaskan,” kata jurucakap Kementerian Luar Iraq, Ahmed Mahjoub dipetik Al-Kawthar TV.

Saluran televisyen berpangkalan di Tehran itu memetik kementerian berkenaan sebagai berkata, ia “tidak akan bertoleransi dengan penahanan pelajar (Iraq) oleh pihak berkuasa Malaysia” dan Baghdad menganggap tindakan itu “merosakkan hubungan dua hala”.

Baghdad Post pula melaporkan warga Iraq itu ditahan ketika pegawai menyerbu satu majlis persendirian di Juta Mines, sebuah kondominium dekat Serdang, Selangor.

FMT cuba mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan di Selangor.

Laporan itu sejajar penahanan 21 invidivu, termasuk 3 warga Singapura dipercayai pengikut ajaran Syiah dalam serbuan di sebuah rumah dikenali Hauzah Syiah di Ulu Tiram, malam tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Amran A Rahman dilaporkan berkata, semua lelaki berusia 21 hingga 67 tahun itu ditahan ketika menghadiri majlis memperingati kematian Saidina Hussein.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 memutuskan Syiah adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Islam, oleh itu ia tidak boleh diamalkan rakyat negara ini.

Ada pengikut Syiah yang ditahan di Malaysia sebelum ini, walaupun kebanyakan mereka yang berasal dari negara majoriti Syiah seperti Iran, Iraq, Lubnan dan Kuwait dikecualikan.

Malaysia dan Iraq mempunyai hubungan diplomatik baik, dan ramai ekspatriat dari negara itu menetap di Malaysia sejak Perang Teluk ke-2 berakhir.

Syarikat minyak negara, Petronas turut memiliki pegangan ke-2 terbesar di lapangan minyak Majnoon, Iraq, yang merupakan sebuah daripada lapangan minyak terbanyak di dunia dengan pengeluaran 235,000 tong minyak sehari.

Dua lagi pihak berkepentingan adalah Shell dan kerajaan Iraq.

 

Sumber: FMT



Sumber 200 rakyat Iraq Syiah ditahan di Selangor dibebaskan selepas tekanan dari Iraq

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJhIAY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.