Hi! Welcome Back and Stay Tune! Abim: Bajet 2018 tidak tangani isu asas hantui rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Abim: Bajet 2018 tidak tangani isu asas hantui rakyat

Presiden ABIM berkata perancangan Bajet 2018 hanya boleh mencapai matlamat mendepani cabaran ekonomi pada masa akan datang sekiranya mekanisme penyampaian serta pelaksanaannya digerakkan secara adil, telus dan saksama.

Mohamad-Raimi-Ab-Rahim_rakyat_600

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan Bajet 2018 yang diumumkan semalam meskipun ada insenitf-insentif baharu tetapi tidak menangani isu-isu asas menghantu rakyat.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, kenaikan kos sara hidup, harga rumah yang melambung, ketinggian paras hutang negara dan hutang isi rumah, kemiskinan relatif khususnya di bandar dan kesenjangan ekonomi antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah ternyata masih belum ditangani dengan tuntas dalam Bajet 2018.

“Perancangan Bajet 2018 hanya boleh mencapai matlamat mendepani cabaran ekonomi pada masa akan datang sekiranya mekanisme penyampaian serta pelaksanaannya digerakkan secara adil, telus dan saksama.

“Pelaksanaan perancangan belanjawan yang efisyen tanpa sebarang ketirisan secara langsung akan merancakkan perkembangan ekonomi negara dan rakyat pasti akan menikmati kesan positifnya,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, sekiranya perkara tersebut dapat dilaksanakan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan lagi diperlukan untuk menampung keperluan belanjawan negara, sesuatu yang dinantikan oleh rakyat.

Bagaimanapun Raimi berkata, pihaknya menyambut baik penekanan terhadap beberapa aspek sepertimana yang dijelaskan dalam pembentangan Bajet 2018, antaranya peruntukan sebanyak RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.

Katanya, tumpuan bajet terhadap institusi kekeluargaan juga harus disambut baik dengan para penjawat awam wanita yang mengandung pulang awal sejam ketika mengandung dalam tempoh melebihi 5 bulan ke atas, di samping kebenaran untuk suami yang bekerja kerajaan juga turut dibenarkan berbuat demikian dengan syarat-syarat berkaitan.

“Ke arah menghadapi kemelut kebejatan sosial hari ini yang merangkumi pelbagai latar masyarakat, ABIM menyarankan untuk diberi penekanan secara serius terhadap projek-projek pembangunan dan pendidikan komuniti yang digerakkan secara bersama antara NGO-NGO dan agensi kerajaan.

“Pemberdayaan projek pembangunan dan pendidikan komuniti yang menyentuh aspek kekeluargaan, remaja dan sebagainya amat dihajati oleh masyarakat sebagai jawapan kepada krisis sosial yang merebak kini,” kata beliau.

Malah, katanya, projek pembangunan dan pendidikan komuniti ini seharusnya tidak mengecualikan kelompok pelarian yang terbiar seperti Rohingya yang menjadi salah 1 pencorak kepada isu sosial dalam masyarakat.

Mengenai penekanan bajet 2018 untuk membuka ruang untuk generasi muda mempelopori cabaran yang bakal didepani menjelang perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan peluang geran pembiayaan perniagaan sosial serta memantapkan institusi Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Raimi berkata, inisiatif itu wajar disambut dan dimanfaatkan segera oleh generasi muda.

“Untuk mencapai sasaran tersebut, ABIM menyarankan integrasi sistem penyampaian membabitkan pembuatan bestari, pusat sehenti membangunkan protaip produk serta ‘regulatory sandbox’, yang disasarkan untuk pengkormersialan inovasi di semua suruhanjaya,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Abim: Bajet 2018 tidak tangani isu asas hantui rakyat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gQ5kJ1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.