Mengapakah Dinding Tandas Awam Kebanyakannya Tidak Ditutup Penuh?
Sekiranya anda perasan, di kebanyakan tandas awam di Malaysia, dinding tandas biasanya tidak ditutup penuh sehingga ke bawah. Terdapat ruang besar di bawah pintu dan dinding yang boleh diintai. Pernah anda tertanya-tanya mengapakah kebanyakan tandas awam direka sebegitu?
Kami cuba mencari logik mengapa rekabentuk sebegini digunapakai. Berikut adalah beberapa alasan mengapa dinding tandas awam tidak ditutup penuh.
1. Cleaner mudah hendak cuci tandas
Apabila mencuci tandas dalam kuantiti yang banyak, tandas dengan rekabentuk sebegini sebenarnya lebih mudah dibersihkan. Ruang yang ada di bawah dinding dan pintu membolehkan air mengalir dari ruang luar dan tandas bersebelahan, membolehkan jumlah air yang digunakan untuk mencuci lantai tandas dikurangkan.
2. Sebab keselamatan
Sekiranya terdapat seseorang yang pengsan atau mati dalam tandas yang bertutup penuh, mungkin tiada pengguna tandas lain yang akan perasan. Jika dibandingkan dengan tandas dengan rekabentuk dinding yang tidak ditutup penuh, jika seseorang itu pengsan atau terjatuh dalam tandas, pengguna tandas di luar akan lebih mudah perasan dan boleh masuk ke dalam tanpa perlu memecahkan pintu tandas.
3. Mengurangkan kadar jenayah dan vandalisme
Konsep tandas dimana dindingnya tidak ditutup penuh ini juga dipercayai dapat mengurangkan kegiatan jenayah dan tidak bermoral seperti menghisap dadah dan aktiviti seks di dalam tandas. Selain itu, kegiatan vandalisme seperti menconteng dinding dan merosakkan kemudahan tandas juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana rekabentuk sebegini yang lebih terbuka menjadikan pengguna tandas berasakan mereka tidak selamat untuk melakukan kegiatan-kegiatan jenayah dan tidak bermoral tersebut.
4. Lebih murah
Tandas sebegini biasanya dibeli secara pasang siap dan lebih murah. Tandas yang dindingnya ditutup penuh biasanya perlu diukur terlebih dahulu dan dibina khas, menhadikannya lebih mahal.
5. Pengudaraan lebih baik
Keadaan tandas yang sentiasa basah dan lembap menggalakkan pertumbuhan bakteria. Dinding tandas yang tidak ditutup penuh ini sebenarnya memberikan sistem pengudaraan yang lebih baik. Selain itu, rekabentuk tandas ini juga dapat mengurangkan bau yang tidak enak di dalam tandas.
6. Mudah kenalpasti jika tandas kosong
Tandas yang lebih terbuka ini sebenarnya lebih memudahkan kita mengenalpasti sekiranya sesuatu tandas itu ada orang atau tidak. Daripada bahagian bawah tandas yang terbuka ini kita dapat lihat refleksi melalui lantai atau cermin sama ada di dalamnya ada orang atau tidak.
7. Boleh menyelamatkan diri jika pintu rosak
Sesetengah orang mungkin mempunyai pengalaman buruk terperangkap selama berjam-jam di dalam tandas kerana kunci pada pintu tandas rosak. Rekabentuk tandas sebegini membolehkan anda meniarap keluar daripada tandas sekiranya terdapat kerosakan pada pintu tandas.
8. Menggalakkan pengguna keluar tandas segera
Tandas sebegini juga membolehkan pengguna tandas mengetahui sekiranya terdapat orang lain yang sedang menunggu di luar. Oleh itu, mereka akan segera menyelesaikan apa-apa yang patut dan segera keluar tandas. Sekiranya dinding tandas ditutup penuh, ada sesetengh pengguna tandas yang akan meluangkan masa yang sangat lama di tandas kerana leka bermain telefon pintar tanpa mengetahui ramai lagi orang lain yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan tandas.
9. Boleh minta tisu daripada tandas sebelah
Sekiranya anda menggunakan tisu dan mendapati tisu di tandas sudah kehabisan, maka cubalah minta daripada orang di tandas bersebelahan. Ruang di bawah dinding tandas itu boleh digunakan untuk mengambil tisu daripada orang di tandas bersebelahan anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gKzMk0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment