Qualcomm Mungkin Akan Mengumumkan Snapdragon 845 Disember Ini
Kita sudah di bulan Oktober dan setakat ini antara pemproses paling berkuasa yang kami uji di makmal peranti Amanz ialah Qualcomm Snapdragon 835. Pemproses lapan teras ini digunakan pada OnePlus 5, HTC U11, Xiaomi Mi6 dan Nokia 8. Ia diperlihatkan secara rasmi di acara CES yang berlangsung Januari yang lalu.
Kini kedengaran ura-ura Snapdragon 845, pemproses yang menggantikan Snapdragon 835 akan diumumkan lebih apa pada Disember ini. Imej acara khas yang dianjurkan Qualcomm tertiris dan menunjukkan tarikh 4-8 Disember.
Snapdragon 845 dijangka akan menggunakan empat teras Cortex A75 dan empat tera Cortex A53. Cip grafik yang digunakan pula ialah Adreno 630. Pengumuman lebih awal ini dikatakan mungkin mempunyai perkaitan bahawa Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan pada bulan Februari di MWC. Tahun ini Galaxy S8 ditangguh pelancarannya ke penghujung Mac kerana insiden bateri yang melibatkan Note 7.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUIqEU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment