Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paip air pecah di landasan, komuter dijangka lewat 30 minit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paip air pecah di landasan, komuter dijangka lewat 30 minit

KTMB memaklumkan operasi perkhidmatan tren dijangka pulih pada 8 malam ini.— Foto oleh Yusof Mat Isa

Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter mengalami gangguan waktu perjalanan hari ini berikutan saluran paip air pecah di Km 390.800 landasan kereta api laluan antara Stesen Salak Selatan dan KL Sentral.

Susulan insiden yang berlaku petang semalam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi kenyataannya berkata hanya satu landasan sahaja boleh digunakan kerana landasan yang terjejas ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih.

“Perkhidmatan tren KTM Komuter bagi laluan Batu Caves – Tampin/Pulau Sebang – Batu Caves akan beroperasi dengan jangkaan kelewatan antara 20 hingga 30 minit.

“Tren KTM Komuter di laluan Tanjung Malim — Pelabuhan Klang — Tanjung Malim pula akan beroperasi dengan jangkaan kelewatan di antara 10 hingga 20 minit,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, KTMB memaklumkan operasi perkhidmatan tren dijangka kembali pulih pada 8 malam ini.

KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan sebarang perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200  atau layari twitter KTM Berhad di @ktm_berhad. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber Paip air pecah di landasan, komuter dijangka lewat 30 minit

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yYm8DW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.