Video Punca Kesesakan Teruk Di Highway Plus
Kemalangan boleh terjadi di mana-mana sahaja tanpa diduga. Walaupun kita sudah memandu dengan berhemah, perlahan dan mengikut peraturan jalan raya, ia tidak bermakna kita selamat.
Semalam berlaku satu kemalangan ngeri di Kilometer 270 Lebuh Raya PLUS, arah selatan, berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Negeri Sembilan hingga mengakibatkan kesesakan teruk.
BACA: 3,000 Ayam Maut Kemalangan
Sepasang suami isteri Lau Lian Huat, 62 tahun, dan isteri Lim Ah Gim, 60 tahun, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Pasangan itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dirempuh oleh sebuah treler dari arah utara yang memasuki laluan bertentangan.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsi di laman sosial Facebook Oh! Media, kelihatan jelas tayar hadapan lori treler tersebut pecah kemudian hilang kawalan dan merempuh beberapa kereta seperti Perodua Alza, Proton Preve dan Proton Waja.
Kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu dibantu oleh sebuah jentera bomba dan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk mengeluarkan mangsa dan merawat mangsa yang terselamat.
Berikutan itu, seramai tiga mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk dirawat dan kedua-dua mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat.
Disebabkan kemalangan tersebut, lebuh raya Plus mengalami kesesakan teruk dari arah selatan hingga lebih 20 kilometer pada petang semalam.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Babi Berkeliaran Di Highway Plus
Anwar Ibrahim Terlibat Kemalangan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bila Tak Sabar Nak Makan Benda Panas
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zMIuWb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment