Kamal Adli Menang RM100,000
Kontroversi yang dilalui pelakon Kamal Adli mengenai hubungan cintanya dengan Emma Maembong mampu menjadi pengubat hati apabila dia diumumkan menjuarai pertandingan Super Spontan Superstar edisi 2017 pada malam Jumaat.
Kemenangan tersebut membolehkan Kamal, 31, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Naib Johan pula milik Fad sekali gus melayakkan pelawak itu memenangi wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga pula diterima Mohd Nasir Hamzah atau Achey yang mendapat RM25,000.
Tempat keempat hingga kelapan milik Ozlynn, Syuk, Mamak, Shahrol dan Sharif.
Mereka tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM5,000.
Pada peringkat akhir itu kesemua peserta bersaing secara individu dan perlu menyelesaikan lima permainan iaitu Beku, Emosi Tak Stabil, Cerita Sampai Kecut, Sinetron Kehidupan, Muzik Video Spontan dan Dahiku Dahimu.
Datuk Afdlin Shauki bertindak sebagai komentator bersama Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Super Spontan Superstar 2017 diadakan di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.
Ia dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak.
Keputusan pemenang seratus peratus berdasarkan undian penonton.
Ia turut disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
The post Kamal Adli Menang RM100,000 appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zfiyWY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment