Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN yakin ‘bajet pilihan raya’ akan sumbang kemenangan besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN yakin ‘bajet pilihan raya’ akan sumbang kemenangan besar

 | October 28, 2017
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Bajet 2018 mencerminkan kedudukan BN sebagai pemerintah yang lebih baik dan mengakui bajet mempunyai 'insentif' pilihan raya bagi rakyat, lapor The Sun.
bn-logo-najib-razak-kemenanganPETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yakin “belanjawan pilihan raya” yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam akan membawa mereka kepada kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menteri yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Bajet 2018 mencerminkan kedudukan BN sebagai pemerintah yang lebih baik dan mengakui bajet mempunyai ‘insentif’ pilihan raya bagi rakyat, lapor The Sun.

“BN kini berharap untuk (kemenangan dalam) PRU14 kerana peruntukan bajet meliputi semua segmen masyarakat,” kata beliau.
Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein bercanggah dengan tanggapan Rahman sambil mengatakan Bajet 2018 bukanlah belanjawan pilihan raya.

“Bajet ini tidak dilakukan untuk menggembirakan rakyat atau membeli undi, tapi memberi rakyat apa yang mereka perlukan,” kata beliau.
Menteri Kesihatan dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menyifatkannya sebagai bajet “fenomenal” untuk masyarakat India.

Beliau berkata, peningkatan kuota tujuh peratus bagi kaum India di universiti awam dan perkhidmatan awam adalah langkah yang telah lama diharapkan oleh masyarakat.
“Kami telah bercakap mengenai setiap tahun di mesyuarat agung tahunan MIC. Ia akhirnya berlaku,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini adalah “bajet terbaik setakat ini.”
Beliau berkata, kerajaan terus realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara dengan memastikan semua komitmen yang dibuat akan dipenuhi.
“Saya juga berterima kasih kepada 3 lagi mahkamah khas untuk jenayah seksual kanak-kanak yang akan ditubuhkan,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata belanjawan itu benar-benar menangani kerisauan rakyat.
Mengambil kira pengecualian tol Batu Tiga dan Sg Rasau di Selangor, kata beliau, perkara itu sudah lama disuarakan.

“Kedua-dua tol itu bukan sahaja menimbulkan masalah kepada rakyat secara kewangan tetapi juga menyebabkan kesesakan di lebuh raya persekutuan. Kerajaan telah memahami perkara ini dan kini menunaikannya,” kata beliau



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iFgCjH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.