Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tema ketuhanan beri ketenangan: Yassin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tema ketuhanan beri ketenangan: Yassin

TEMA berunsurkan ketuhanan, spiritual dan falsafah kehidupan sentiasa menjadi pilihan utama penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yassin Sulaiman atau Yassin dalam menghasilkan lirik lagunya.

Beliau berkata tema itu dipilih kerana ia sinonim dengan kehidupan seharian manusia  di samping dapat memberi ketenangan kepada pendengar dalam menghayati setiap lirik lagu ciptaannya.

Dalam album terbaharunya ‘Dialah’ yang turut mendapat sentuhan penyanyi Faizal Tahir itu, beliau memuatkan unsur spiritual khusus buat peminatnya yang sentiasa  memberi sokongan terhadap lagu-lagu berirama nasyid.

“Ada sembilan lagu dimuatkan dalam album ini yang akan diterbitkan oleh Warner Muzik untuk dikeluarkan satu persatu dan setakat ini saya telah keluarkan dua lagu.

“Lagu pertama bertajuk ‘Muzik’. Baru-baru ini lagu ‘Dialah’ telah dikeluarkan dan daripada situlah akhirnya akan keluar satu album nanti…Insya-Allah,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Nine 11 Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Yassin memulakan kerjaya seninya menerusi kumpulan nasyid Brothers pada 1995 sebelum meninggalkan kumpulan itu dan meneruskan karier secara solo.

Lagunya ’Mimpi Laila’ melonjakkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu 2001 manakala album solo keduanya ’Salsabila’ pernah memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada 2003.

Penyanyi yang turut mendapat perhatian menerusi lagu popular ciptaannya seperti ’Wassini’, ’Lagu Rindu’ dan ’Alhamdulillah’ itu kini lebih selesa menumpukan kepada bidang penerbitan dan penciptaan lagu.

The post Tema ketuhanan beri ketenangan: Yassin appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zNZWtk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.