Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat dengan kesan jerutan leher ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat dengan kesan jerutan leher ditemui

IPOH: Mayat seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun ditemui dengan kesan jerutan di leher di Medan Ipoh, dekat sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis.

"Makluman awal mendapati seorang lelaki telah ditemui di tepi bawah pokok di Medan Ipoh dan beberapa pegawai serta Unit Forensik IPK Perak serta Unit Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah ke lokasi.

"Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa hanya menjumpai kesan jerutan di leher dan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah kes gantung diri.

"Mayat tersebut disyaki telah dibuang ke kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah Sum, pihaknya turut memperoleh dompet dan pasport warganegara Indonesia pada mangsa.

Jelasnya,  semakan pasport menunjukkan mangsa masuk ke Malaysia pada 21 Oktober lepas melalui Imigresen Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut Chang Keong, rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  di sekitar kawasan tersebut sedang diteliti dan kebanyakan kedai di lokasi berkenaan hanya beroperasi pada waktu petang.

"Tiada suspek yang ditangkap buat masa ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat pada 30 Oktober depan," ujarnya lagi.



Sumber Mayat dengan kesan jerutan leher ditemui

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xtquzn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.