Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADUN Cukai: 'Bajet Penadol' hanya hilang sakit seketika - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADUN Cukai: 'Bajet Penadol' hanya hilang sakit seketika

Malaysiakini 28/10/17

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Hanafiah Mat menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'bajet panadol'.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata ini kerana belanjawan 2018 yang disifatkan Najib sebagai “ibu segala bajet” itu hanya akan menghilangkan rasa sakit untuk seketika.
Beliau mendakwa bajet itu hanya akan menyebabkan rakyat merana sepanjang tahun.

"Tok batin dan ketua kampung dipuja diberi imbuhan. Namun, rakyat jelata ditekan dengan kenaikan kos kehidupan. Harga minyak saban minggu naik.

"Bayaran bonus yang menjadi impian penjawat awam hanyalah gincu merah menyala dibibir gadis, terkena air pudarlah ia," kata Hanafiah dipetik Harakahdaily mengulas Bajet 2018 Yang dibentangkan Najib semalam.
Oleh demikian, Hanafiah menzahirkan rasa simpati kepada rakyat atas cabaran bakal dihadapi kesan bajet tersebut.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan semalam berkata Bajet kali ini mencipta sejarah sebagai sebuah bajet yang paling inklusif pernah dipersembahkan.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zdcVIS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.