Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau jumpa lelaki ini, tolong beritahu polis! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau jumpa lelaki ini, tolong beritahu polis!

POLIS ingin mencari lelaki dipercayai pemandu treler bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM270.3 lebuh raya PLUS, arah selatan, dekat Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, semalam.

Ketua Polis Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata lelaki terbabit dikenali sebagai P Kanes, 29, berasal dari Bukit Rotan, Selangor.

“Polis menerima maklumat awam mengenai lelaki itu yang dipercayai memandu treler ketika kejadian dan melarikan diri.

“Sehingga ini, usaha mengesannya sedang giat dijalankan. Kami meminta supaya dia tampil sendiri ke Balai Polis Nilai untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Perundangan Trafik IPD Nilai, Asisten Superintendan Mohammad Nasrun Ab Rahman di 019-3468170 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syafiq Azmy (014-5082450) atau Balai Polis Nilai (06-7991222).

Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, treler tanpa muatan dari arah Seremban ke Nilai itu dipercayai hilang kawalan lalu.

Ia terbabas, memasuki laluan bertentangan dan merempuh Perodua Alza dinaiki suami isteri.

Mangsa, Lau Lian Huat, 62, dan Lim Ah Gim, 60, maut di tempat kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan kecederaan ke atas pemandu dan penumpang Proton Preve, Azian Saleh, 45, dan Abdul Rahim Ramlee, 52, serta pemandu Waja, Mohammad Tahir Othman, 51.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Kalau jumpa lelaki ini, tolong beritahu polis!

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zNP5j8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.