Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tatu itu sebenarnya simbolik sebagai dosa, tunjuk tiada siapa tak pernah buat silap” – Hazama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tatu itu sebenarnya simbolik sebagai dosa, tunjuk tiada siapa tak pernah buat silap” – Hazama

TINDAKAN penyanyi Hazama tampil dengan imej seperti Bob Marley dan bertatu di seluruh badannya menerusi muzik video Aku Bukan Dewa mendapat kecaman netizen sehingga ada melabelnya tiada pengetahuan agama.

Menjelaskan situasi sebenar Hazama berkata, dia memang sengaja menampilkan konsep sedemikian kerana dengan cara itu dia dapat menarik perhatian peminat menonton mesej yang cuba disampaikan.

“Tatu itu sebenarnya simbolik sebagai dosa dan menunjukkan tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan.

“Jika saya tampil dengan sebuah muzik video tanpa sebarang jalan cerita mungkin kisah disebalik lagu itu tidak akan sampai.

“Memang saya sengaja cetuskan isu seperti ini kerana tahu ia akan jadi perbincangan di laman sosial dan dari situ netizen dapat jawapan terbaik mengenai kisah keseluruhan saya tampil dengan imej itu,” katanya.

Hazama ditemui pada majlis pelancaran syarikat pengurusan artis iaitu Rocket Feul Entertainment yang di adakan di Petaling Jaya, Khamis.

Dalam pada itu, Hazama berkata, simbolik muzik video itu bukan sahaja tentang kehidupan tetapi menceritakan perubahan dan kematangan karier muziknya.

“Saya sudah 10 tahun dalam industri muzik dan sepanjang tempoh itu saya juga mengalami perubahan dalam diri secara peribadi dan karier.

“Ia juga simbolik yang saya sudah berubah dan bergerak kehadapan tanpa lagi mengenang masa lalu,” ujarnya.

Dalam meraikan perubahannya itu kata Hazama dia sedang bertungkus lumus menyiapkan album terbaharunya yang sudah tertangguh selama dua tahun.

Kata Hazama menerusi album itu nanti ia bakal memperlihatkan kematangannya sebagai seorang penyanyi termasuk dari segi seleksi lagu.

“Dulu saya banyak buat lagu berkisarkan percintaan dan sekarang fokus saya lebih kepada lagu kemanusian dan bersifat universal,” jelasnya.

Sumber: Mstar



Sumber “Tatu itu sebenarnya simbolik sebagai dosa, tunjuk tiada siapa tak pernah buat silap” – Hazama

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iGHKyG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.