Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rasa tak sedap hati, tengok luar tingkap rupanya dia tengah buat benda tak senonoh! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rasa tak sedap hati, tengok luar tingkap rupanya dia tengah buat benda tak senonoh!

KLANG - Terkejut dan menggigil, itu yang dialami oleh seorang wanita selepas ternampak seorang lelaki beronani di belakang rumahnya di Taman Utama, ketika hendak membasuh pinggan di dapur, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 2.20 petang kelmarin, Aziyana Sudin, 32, berkata, dia sememangnya sengaja membiarkan tingkap dapur rumahnya terbuka supaya bau masakan keluar melalui tingkap. 
Namun ketika dia mahu menbasuh pinggan, terkejut apabila ternampak kelibat seorang lelaki lalu di belakangnya sambil menutup zip seluar yang pada awalnya dia menyangka lelaki itu mungkin baru saja membuang air kecil. 
"Tidak lama kemudian, lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu. Namun terkejut apabia melihat dia sedang melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu. 
"Saya terus memarahinya, tetapi dia buat tak tahu. Selepas saya berkata saya akan menghubungi polis, barulah dia beredar," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam. 
Menurut Aziyana, dia baru berpindah ke taman perumahan itu sejak tiga minggu lalu dan sebelum ini pernah melihat lelaki itu di belakang rumahnya tetapi tiada apa-apa yang berlaku. 
Gambar dan video perbuatan tidak senonoh lelaki terbabit juga viral di media sosial selepas Aziyana memuat naik ke laman sosial. Tindakannya itu juga turut dikecam netizen. Namun Aziyana menegaskan dia hanya sekadar mahu mengingatkan suri rumah lain serta anak-anak supaya sentiasa berhati-hati. 
"Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita-wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah," katanya. 
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan, mengesahkan menerima laporan kejadian itu. 


Sumber Rasa tak sedap hati, tengok luar tingkap rupanya dia tengah buat benda tak senonoh!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zdU9RA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.