Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tampar, pulas tangan isteri, lelaki dipenjara sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tampar, pulas tangan isteri, lelaki dipenjara sebulan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap seorang lelaki yang mengaku salah kerana menampar pipi dan memulas tangan isterinya. — Paparan skrin GoogleMahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap seorang lelaki yang mengaku salah kerana menampar pipi dan memulas tangan isterinya. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 10 Okt — Tindakan seorang suami yang menampar pipi serta memulas tangan isterinya hanya kerana perselisihan faham mengenai hak penjagaan anak membawa padah apabila lelaki itu dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Saiful Putra Nurham,35, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nor Zura Mohamed Zaki, 35, seorang jururawat.

Bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Masjid India, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada 9.30 malam, 26 Ogos lepas.

Mahkamah memerintahkan Saiful yang bekerja sebagai pemandu itu menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 28 Ogos 2017.

Dia itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa bersama tiga anaknya berusia sembilan, enam dan lima tahun berjumpa tertuduh di lokasi kejadian untuk berbincang berhubung hak penjagaan anak sebelum berlaku perselisihan faham.

Siasatan mendapati pasangan itu sedang menjalani proses penceraian.

Terdahulu, Saiful yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya dikenakan hukuman ringan atas alasan dia sudah menyesal dengan kesalahan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Bagaimanapun, pegawai pendakwa ASP Nom Phat Prackdit  memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. — Bernama



Sumber Tampar, pulas tangan isteri, lelaki dipenjara sebulan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCmUHy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.