Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz makin sembuh
SHAH ALAM, 10 Okt ― Dua pelajar yang cedera dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bulan lalu, dijangka keluar minggu ini, kata Dr Normala Basiron.
Ketua jabatan pembedahan plastik dan rekonstruktif itu berkata hanya satu atau dua peratus luka terbakar pada kedua-dua mangsa
“Mereka berdua semakin pulih, masih ada sedikit luka terbakar,” kata pengamal perubatan Hospital Kuala Lumpur, lapor Berita Harian.
“Mengikut perancangan mereka dijangka boleh keluar dalam minggu ini atau minggu hadapan.”
Tiga pelajar pusat tahfiz yang dirawat di ICU hospital itu, menunjukkan tanda positif dan mampu berkomunikasi.
Mereka ialah Muhammad Shahir Sharifuddin, 11; Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12.
Seramai 23 individu maut dalam kebakaran pada 14 September lalu.
Sumber Dua mangsa kebakaran pusat tahfiz makin sembuh
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8Yu0z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment