Adolf Hitler Buatkan Volkswagen Jadi Jenama Syarikat Kereta Paling Berpengaruh Di Dunia
#1-Sejarah Volkswagen Dan Kaitannya Dengan Adolf Hitler.
Siapa sangka yang jenama kereta Volkswagenwerk AG yang menguasai banyak kereta-kereta jenama terkenal yang lain adalah cetusan idea pemimpin yang paling ditakuti di dunia iaitu Adolf Hitler.
Hitler berasa geram kerana pada zaman pemerintahannya, hanya 1:50 orang penduduk Jerman mempunyai kereta berbanding 1:5 rakyat Amerika Syarikat.
Tidak berpuas hati dengan fakta ini lalu dia mengarahkan Dr.Ferdinand Porsche untuk mereka bentuk sebuah volkswagen yang berkonsepkan kereta rakyat dan mampu untuk dimiliki.
Hitler mahu menggunakan kereta itu untuk bergerak dari Berlin hinggalah ke Moscow. Dia juga mengarahkan yang kereta itu haruslah direka dengan bentuk seperti kumbang.
Antara yang terlibat dalam rekaan prototaip kereta inspirasi Hitler itu adalah Hans Ledwinka, seorang ketua teknikal salah satu kereta tertua di dunia, Tatra oleh syarikat Czech dan Dr.Ferdinand Porsche sendiri.
Namun, Ledwinka ditahan oleh pihak Rusia pada 1945 kerana dakwaan bersubahat dengan tentera Nazi.
#2-Rancangan Pengeluaran Kereta Pertama Mampu Milik Jerman Diteruskan.
Perancangan pembuatan kereta ini telah tergendala kerana penahanan ini.
Pada awalnya Hitler merancang untuk membina kilang Volkswagen berdekatan dengan Nuremberg agar pelanggan boleh membeli kereta mereka setelah menghadiri perhimpunan parti Nazi.
Namun kilang itu yang mereka gelar ‘Kraft durch Freude’ iaitu membawa maksud ‘Kereta kekuatan melalui kegembiraan’ kemudiannya dibina di Lower Saxony.
Hitler mahu kereta itu dibina untuk orang ramai dan bertujuan bagi mengatasi masalah pengangkutan mereka.
Prototaip kereta pertama Volkswagen dipamerkan di Pertunjukan Motor Berlin pada tahun 1938.
Untuk menarik perhatian pembeli, Hitler telah memperkenalkan satu skim simpanan untuk membolehkan mereka membeli kereta dengan membayar 5 Reichsmark seminggu.
Apabila telah membayar sehingga 990 Reichmark, mereka boleh mengambil kereta tersebut dan bayaran penuh akan mengambil masa 4 tahun. Mereka boleh mengambilnya lebih awal jika mereka membayar dengan jumlah yang lebih.
Kanak-kanak juga boleh turut serta dalam skim pembelian ini. Direkodkan, seramai 336,668 orang telah membayar 110 juta Reichsmark ke dalam akaun mereka.
Dikatakan Hitler amat mengagumi Henry Ford dan beberap pengeluar kereta lain. Malah, dia mengguna pakai konsep operasi dan jualan Ford seperti pelanggan boleh memilih warna apa sahaja yang mereka mahu selagi ia berwarna kelabu-biru.
Kilang kereta ini hanya sempat mengeluarkan beberapa kenderaan sahaja sebelum Jerman menyerang Poland pada tahun 1939.
Kilang dibawah seliaan Dr.Ferdinand dan anaknya ini telah ditukar menjadi tempat pengeluaraan untuk kegunaan perang dan dilaksanakan oleh buruh paksa dari kem dera dan tahanan perang.
Pada tahun 1945, Hitler telah menggunakan kereta Kommandeurwagen Jenis 87 yang diubahsuai untuk lawatan terakhirnya ke Perbatasan Timur.
Ini adalah lawatan terakhir sebelum dia membunuh diri bersama kekasihnya, Eva sebelum dibakar oleh pemandunya, Erich yang tidak menyukai kekejaman pemerintahan Hitler.
#3-Perjalanan Volkswagen Selepas Kematian Hitler.
Selepas Jerman tewas pada tahun 1945, seorang pegawai muda British, Ivan Hirst bersama rakan-rakannya telah mencari saki-baki kenderaan kumbang itu, membaiki dan mengecatnya dengan warna hijau tua dan menghantarnya ke ibu pejabat tentera British untuk pemeriksaan.
Soerang jutawan automobil Britih, Lord Rootes telah berkunjung tempat mereka dan mengatakan yang kereta itu terlalu hodoh dan terlalu bising, pasti tiada orang muda mahu membelinya.
Tidak lama kemudian mereka menerima mesej daripada kerajaan ketenteraan British yang mereka mahukan 20,000 buat kereta dalam kadar masa yang segera.
Sebagai pendahuluan mereka diberikan 20 juta mark sebagai modal. Pada penghujung tahun 1945, mereka berjaya membuat 58 buah kereta.
Namun, mereka diberitahu sekiranya pengeluaran mereka tidak berjaya mencapai 1,000 unit sebulan, kilang itu akan dirobohkan.
Richard Berryman, rakan kepada Ivan yang pernah bekerja dengan General Motors yang juga merupakan seorang pegawai Tentera Udara Diraja mendapatkan lebih banyak makanan, selimut untuk tenaga kerja di situ dan memastikan mereka mendapat tidur yang cukup.
Hasilnya, mereka berjaya mengeluarkan 1,003 unit kenderaan sebulan dan kelompok kereta pertama telah dihantar ke Belanda pada tahun 1947 membuatkan Jerman kembali menjadi pengeksport.
Ivan kembali menyerahkan kilang itu kepada pengurus Jerman dan kembali ke England.
Banyak tempahan Volkswagen telah dibuat apabila wang Reichmark diganti kepada Deutschmark pada kadar 15:1.
Disinilah Volkswagen mula menjadi terkenal. Menjelang tahun 1960, Beetle Volkswagen menjadi kereta yang paling laris sejarah mengalahkan kereta model T jenama Ford.
Hans Ledwinka meninggal dunia pada tahun 1967 selepas gagal mendapatkan harta dan paten keretanya.
Ia diambil alih oleh Dr.Ferdinand Porsche yang menyelesaikannya melalui rundingan luar mahkamah dan sehingga tahun 2007, Porsche menambah syer sebanyak 31% bagi membida pengambilalihan syarikat ini.
Kini, Volkswagen telah menjadi jenama yang dipercayai dan terkenal di seluruh dunia.
Syarikat ini turut mengambil alih jenama kereta mewah syarikat lain seperti Audi, Bentley, Bugatti, Lamborghini dan banyak lagi.
Sumber Adolf Hitler Buatkan Volkswagen Jadi Jenama Syarikat Kereta Paling Berpengaruh Di Dunia
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ldkFEL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment