Moto G5S Plus Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Awal November
Lenovo Mobile Malaysia hari ini telah berkongsi mengatakan yang mana telefon pintar mampu-milik dibawah siri-G yang paling terbaru, iaitu Moto G5S Plus bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Lenovo Mobile Malaysia menyasarkan untuk memasarkannya dalam masa sekitar seminggu dua lagi di Malaysia.
Dari segi spesifikasi, Moto G5S Plus hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan dilengkapi ruangan storan 32GB. Pada bahagian kamera belakang, Moto G5S Plus menggunakan gabungan kamera 13-megapixel untuk RGB dan monokrom, selain kamera hadapan 8-megapixel.
Telefon ini turut hadir dengan sokongan NFC dan juga bicu audio 3.5mm. Ia turut hadir dengan sistem operasi Android menggunakan antaramuka natif, dengan penambahan minimal daripada Lenovo. Kemaskini Android 8.0 Oreo untuk telefon pintar ini bakal hadir tidak lama lagi.
Harga jualannya masih belum diumumkan buat masa ini. Tetapi, Lenovo Mobile Malaysia menjanjikan harga jualannya kelak adalah lebih murah daripada harga pengenalan Moto G5 Plus di Malaysia pada awal tahun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i3xxIR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment