“Puas Hati Watie Perlu Bayar Hutang” – Hana Adnan
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Rasyihah Ghazali selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan diberikan Watie, bagi menentukan jumlah dan kaedah bayaran pada prosiding sebelum ini berhubung ganti rugi sebanyak RM707,351.83 yang dituntut Hana.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat lega kerana akhirnya saya dapat kebebasan hidup semula. Inilah yang saya nantikan selama lapan tahun.
"Syukur... tak ada apa yang boleh saya ungkapkan sekarang ini. Apa yang penting kes bankrap itu sudah selesai dan saya boleh jalani kehidupan seperti biasa.
"Sekarang ini saya cuma tak sabar nak jumpa dua anak saya di London, nampaknya impian ini akan tercapai tak lama lagi," kata Hana .
Dalam prosiding yang berlangsung pada Rabu, Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi menadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan.
Jumlah itu perlu dilunaskan bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 dibayar yang perulu dibuat secara berperingkat.
Manakala, baki daripada jumlah keseluruhan tuntutan tersebut perlu diselesaikan secara berperingkat dalam amaun yang sama setiap bulan kepada Hana sehingga selesai hutang berkenaan.
Terdahulu, Watie atau Norwati Sadali, 41, memberitahu mahkamah dia tidak mampu melangsaikan ganti rugi itu dan hanya mampu membayar RM2,500 sebulan kepada Hana.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Watie selepas ini, Hana tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan pelakon tersebut lagi.
Ujarnya, dia telah memberi peluang kepada Watie untuk menyelesaikan hal ini secara peribadi, namun gagal sehinggalah dia mengambil jalan mahkamah.
"Ini pengajaran terbesar buat saya dan untuk berbaik semula dengan dia mungkin tidak. Orang macam ni patut dijauhi.
"Saya tak kejam. Lapan tahun saya bagi dia peluang. Dia tahu saya tinggal di mana dan kenal keluarga saya, malah kami dah anggap dia macam saudara sendiri, ini yang saya dapat?" ujarnya.
Pada 18 Mei Hana atau Norhanasafiza Mat Adnan, 39, memfailkan tuntutan saman penghutang penghakiman terhadap Watie selepas rakannya dalam kumpulan Elite itu gagal membayar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah pada 28 Ogos 2014.
Ganti rugi itu diperoleh selepas Hana mendapat kemenangan menerusi tuntutan berhubung kegagalan Watie melunaskan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendakwa, Watie yang menggunakan kereta itu gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.
Akibatnya, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan tidak boleh ke luar negara.
Dalam pada itu usaha untuk mendapatkan kenyataan Watie tidak berhasil kerana dia pulang sejurus selesai keputusan kes berkenaan.
Sumber “Puas Hati Watie Perlu Bayar Hutang” – Hana Adnan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6q3e9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment