Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Bila masa?” – Emma beritahu yang Kamal Adli kata dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu, Zahirah MacWilson bengang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Bila masa?” – Emma beritahu yang Kamal Adli kata dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu, Zahirah MacWilson bengang

“Saya mahu Kamal minta maaf. Kalau sudah buat salah, sedar diri dan mengaku saja.”

Itu permintaan pelakon Zahirah Macwilson kepada Kamal Adli apabila pelakon itu mendakwa Zahirah menjadi punca hubungannya dengan Emma Maembong berakhir.

 

 

"Bila masa?" - Emma beritahu yang Kamal Adli kata dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu, Zahirah MacWilson bengang

“Bila masa?” – Emma beritahu yang Kamal Adli kata dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu, Zahirah MacWilson bengang

 

Zahirah, 22, berkata, Kamal tidak sepatutnya bertindak demikian dengan mengheret namanya sekali gus ingin melepaskan diri daripada masalah yang ditimbulkan.

“Jangan babitkan nama orang lain. Bukan saya seorang, malah dengan kru produksi juga dia buat perkara sama. Jadilah lelaki sejati.

“Kalau betul tak nak, sepatutnya berterus terang dari awal. Jangan buat seperti ini dengan menyakitkan hati kekasih,” katanya.

Zahirah juga terkilan dengan sikap Kamal yang mendakwa dia ‘terhegeh-hegeh’ mahukannya.

“Ini masalah mereka berdua. Apa yang berlaku, saya memang tak tahu menahu. Namun, sekali lagi saya terkejut apabila dalam kenyataan Emma hari ini, dia masih menyebut nama saya.

“Disebabkan itu, saya terus menghantar mesej kepadanya dan bertanyakan mengenai perkara ini. Dalam perbualan kami, Emma memberitahu Kamal memaklumkan kepadanya saya ‘terhegeh-hegeh’ mahukannya.

“Menerusi perbualan saya dengan Kamal pula, dia mengakui saya tidak terbabit dalam masalah mereka tetapi apa yang dia beritahu kepada Emma adalah sebaliknya. Apa sebenarnya yang Kamal cuba buat dan buktikan? Saya pelik dan hairan dengan sikapnya,” katanya.

Mengulas mengenai tindakannya memuat naik perbualan dengan Kamal di aplikasi WhatsApp di Instagram miliknya hari ini, Zahirah berkata, ia bertujuan untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Zahirah yang juga pelakon drama Duda Pujaan Drama mengakui belum bersedia untuk bekerjasama dengan Kamal dalam mana-mana drama selepas ini.

“Buat masa sekarang saya tak nampak jalan untuk kami bekerjasama. Apa yang terjadi ini membuatkan hubungan baik sebagai rakan pelakon menjadi renggang. Saya jadi tak seronok apabila Kamal buat semua ini sehingga ia jadi masalah besar,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan kekasihnya, Zul Ariffin atas apa yang berlaku, Zahirah mengakui hubungan cinta mereka masih utuh.

“Zul tahu perkara ini, malah dia ada bersama ketika saya berjumpa dengan Emma dan Kamal awal bulan ini. Apa yang berlaku sedikit pun tidak mengganggu hubungan kami.

“Zul lebih mengenali saya, malah apabila timbul isu ini saya meminta nasihat daripadanya. Dia mahu saya lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro untuk menghubungi Kamal tidak berjaya apabila pelakon itu mematikan telefon bimbitnya.

Sumber: Metro



Sumber “Bila masa?” – Emma beritahu yang Kamal Adli kata dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu, Zahirah MacWilson bengang

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xmQFHU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.