Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Merendahkan Tahap Piawaian Pengimbas Face ID Bagi Meningkatkan Pengeluaran iPhone X - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Merendahkan Tahap Piawaian Pengimbas Face ID Bagi Meningkatkan Pengeluaran iPhone X

iPhone X ialah peranti tercanggih pernah dihasilkan oleh Apple dengan sistem imbasan wajah Face ID. Sistem imbasan 3D ini dikatakan jauh lebih selamat berbanding Touch ID. Sebanyak 30,000 titik infra merah dipancarkan pada wajah pengguna bagi mengenalpasti identiti mereka. Komponen Face ID inilah yang menjadi sebab mengapa tahap pengeluaran iPhone X dilaporkan bermasalah.

Ini adalah kerana tahap piawaian yang tinggi yang ditetapkan oleh Apple sendiri. Akibatnya banyak komponen terpaksa ditolak dan Finisar, pembekal pengimbas gagal memenuhi permintaan Apple. Menurut laporan Bloomberg, bagi meningkatkan jumlah pengeluaran iPhone X Apple telah merendahkan tahap piawaian sistem Face ID. Dengan ini jumlah komponen yang gagal berkurangan sekaligus membolehkan lebih banyak iPhone X dapat dikeluarkan.

Walaupun piawaian telah direndahkan, sistem Face ID yang digunakan pada peranti kelak masih lagi dikatakan lebih selamat berbanding Touch ID. Bagi pengguna ini mungkin sedikit mengecewakan kerana Apple terkenal dengan penggunaan komponen terbaik pada peranti mereka sekaligus membuatkan mereka sanggup berbelanja lebih untuk memilikinya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z69m7j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.