Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honolulu larang pejalan kali guna telefon bimbit ketika melintas jalan raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honolulu larang pejalan kali guna telefon bimbit ketika melintas jalan raya

LOS ANGELES: Undang-undang baharu mengharamkan pejalan kaki menggunakan telefon bimbit ketika melintas jalan raya, akan berkuat kuasa pada Rabu di Honolulu, Hawaii, lapor agensi berita China Xinhua.

Bertujuan mendidik pejalan kaki agar lebih bertanggungjawab dan berhati-hati semasa melintas jalan raya, Datuk Bandar Honolulu, Kirk Caldwell menandatangani rang undang-undang itu pada Julai, sekaligus membolehkan ia dikuatkuasakan. 

Di bawah undang-undang itu, pegawai polis dibenarkan menyaman pejalan kaki yang menggunakan peranti elektronik ketika melintas jalan raya di bandar itu dan daerah sekitarnya.

Pejalan kaki bakal didenda antara US$15 hingga US$35 untuk kesalahan pertama .

Jumlah denda akan dinaikkan kepada US$75 hingga US$99, atau jumlah yang mana lebih rendah, daripada U$130, menurut laman web tempatan Hawaii News Now. 

Honolulu menjadi bandar pertama di Amerika Syarikat yang mengharamkan penggunaan peranti elektronik ketika melintas jalan raya.

"Di samping pemandu kenderaan dan penunggang basikal tertakluk kepada undang-undang penggunaan telefon bimbit, kini sudah tiba masanya ia dikuatkuasakan kepada pejalan kaki," kata seorang pegawai majlis perbandaran, Brandon Elefante yang juga bertanggungjawab memperkenalkan rang undang-undang itu.

Menurut poster dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 270,000 pejalan kaki di seluruh dunia maut di jalan raya setiap tahun.

-- BERNAMA



Sumber Honolulu larang pejalan kali guna telefon bimbit ketika melintas jalan raya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i2jqDi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.