Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video gol penalti ajaib tular, kumpul 2 juta tontonan dalam empat hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video gol penalti ajaib tular, kumpul 2 juta tontonan dalam empat hari

DALAM undang-undang bola sepak, tiada apa yang mustahil selagi tempoh 90 minit belum berakhir.

Dalam kes yang satu ini, mungkin ayat yang lebih tepat adalah 'jangan berpesta selagi bola belum jatuh ke tanah'.

Sebuah video gol penalti ajaib, dalam satu perlawanan di Thailand, tular di laman sosial selepas dimuat naik ke sebuah akaun Facebook, 21 Oktober lalu.

Baru empat hari, video itu telah menerima lebih 2 juta tontonan.


Video tersebut dirakam dalam satu perlawanan antara Bangkok Sports Club dan Satri Angthong.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas masa penuh berakhir dengan seri 2-2.

Ketika penalti terikat 19-19, penjaga gol Bangkok Sports Club bersedia untuk mengambil sepakan penalti.

Namun, bola terkena palang gol sebelum melantun tinggi, menyebabkan penjaga gol Satri Angthong lari meninggalkan gawang sambil bersorak kegembiraan.

Ajaibnya, bola tersebut jatuh ke padang dan bergolek semula ke dalam gol, membuatkan penjaga gol Satri Angthong berlari semula ke gawang cuba menyelamatkan keadaan.

Bagaimanapun, ia sudah terlambat.

Perlawanan berakhir dengan Bangkok menang 20-19.



Sumber Video gol penalti ajaib tular, kumpul 2 juta tontonan dalam empat hari

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gCkI7J

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.