10 Fungsi Rahsia WhatsApp Yang Anda Patut Cuba Sekarang!
Boleh dikatakan hampir semua pengguna telefon pintar mempunyai aplikasi WhatsApp. Kita sering menggunakan aplikasi ini untuk menghantar pesanan ringkas, gambar, video mahupun rakaman suara ke seluruh dunia!
Namun, adakah anda benar-benar menggunakan WhatsApp dengan sepenuhnya?
Tahukah anda bahawa terdapat 10 fungsi rahsia WhatsApp yang membolehkan kehidupan anda dalam menggunakan aplikasi ini menjadi jauh lebih mudah dan menarik.
Sesetengah daripada helah ini mungkin anda tahu tetapi terdapat juga beberapa fungsi rahsia dan kami akan dedahkan helahnya kepada anda, sekarang!
#1 Menjadi ‘halimunan’ di dalam WhatsApp
Jika anda tidak mahu sesiapa mengetahui anda sedang aktif atau memeriksa status, gambar dan maklumat akaun anda, ikuti tips ini:
Android : Menu > Settings > Account > Privacy. Tukar tetapan yang patut.
iOS : Settings > Privacy. Tukar tetapannya di situ.
#2 Menebalkan tulisan
Kini, pengalaman menaip mesej menjadi lebih menarik. Anda bukan sahaja boleh menulis dengan tambahan emoji tetapi juga mempelbagaikan tulisan anda dengan gaya bold, italic dan juga potongan.
Jika mahu tulisan bold, gunakan simbol bintang pada permulaan dan pengakhiran ayat atau perkataan. Contohnya, *mesej*
Jika mahu tulisan italic, masukkan simbol garis bawah pada permulaan dan pengakhiran ayat atau perkataan. Contohnya, _mesej_
Jika mahu tulisan yang dipotong, gunakan simbol ~ pada permulaan dan pengakhiran ayat atau perkataan. Contohnya, ~mesej~
#3 Menghantar mesej berkumpulan tanpa perlu membuat kumpulan baru
Pergi ke Chats > Menu > New broadcast. Tekan simbol + atau masukkan nama penerima mesej.
Mesej ini akan dihantar kepada setiap penerima yang anda pilih. Namun, sekiranya mereka membalas mesej tersebut, hanya anda seorang yang boleh membacanya.
#4 Cara mengetahui sekiranya anda sudah disekat (blocked) oleh seseorang
Antara tanda-tanda bahawa anda telah disekat oleh seseorang dalam WhatsAppadalah:
Anda tidak boleh melihat waktu terakhir individu tersebut aktif di WhatsApp
Gambar profil individu tersebut tidak kelihatan
Semua mesej yang anda hantar hanya bertanda √ (mesej telah dihantar) dan bukannya √√ (mesej telah sampai)
Anda mencipta kumpulan tetapi tidak boleh menambah individu tersebut sebagai ahli kumpulan
#5 Menghalang media daripada dimuat turun secara automatik
Biasanya, semua jenis media sama ada gambar, video, pesanan suara mahupun dokumen yang diterima akan disimpan secara automatik dalam telefon. Bagi menjimatkan memori penyimpanan telefon pintar, anda boleh lakukan tips mudah ini:
Android : Settings > Data Usage. Ubah tetapan mengikut kehendak anda
iOS : Settings > Data and Storage Usage > Media
#6 Mengenalpasti nombor palsu
Hampir semua orang boleh menggunakan aplikasi khas untuk mengaktifkan pesanan mesej. Apa yang anda perlu lakukan anda, hubungi nombor berkenaan untuk lihat sama ada ianya palsu atau tidak. Nombor palsu akan memaparkan status tidak aktif (offline).
#7 Mendengar pesanan suara dalam nada perlahan secara automatik
Senang sahaja, dekatkan telefon pada telinga anda dan WhatsApp akan ubah mod pembesar suara (loudspeaker) kepada bunyi yang lebih perlahan secara automatik.
#8 Bagaimana ingin mencari mesej penting dengan cepat dan mudah
Kadang-kala, kita terpaksa membaca semula segala perbualan dari permulaan semata-mata untuk mencari mesej yang penting. Jangan buang masa anda lagi! Apa yang anda perlu lakukan adalah, tekan mesej berkenaan dan tekan simbol bintang.
Kini, mesej tersebut boleh ditemui dalam bahagian ‘Starred messages’ di Menu.
#9 Menjadi salah seorang penguji ciri-ciri dan fungsi terkini WhatsApp
Para aktivis WhatsApp telah mencipta ciri-ciri terkini versi beta. Ia membantu anda untuk menguji semua fungsi terbaru WhatsApp sebelum ianya boleh digunakan oleh semua pengguna WhatsApp lain.
Untuk mengujinya, pergi ke laman WhatsApp Beta, tekan butang “Become a tester” dan kemaskini aplikasi tersebut. Namun harus diingatkan, versi beta ini mungkin mengandungi ‘bug’.
#10 Mesej buih
Mesej buih ini membolehkan anda mengetahui terdapat pesanan masuk dan siapa penghantarnya. Untuk mendapatkan fungsi ini pada telefon pintar anda, muat turun aplikasi WhatsBubbles dan seragamkannya dengan WhatsApp anda. Selepas itu, anda hanya perlu memastikan mod buih tersebut diaktifkan.
Sumber: Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6eOCo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment