Kerajaan enggan nyatakan kos lawatan PM ke AS
Kerajaan enggan mendedahkan kos perbelanjaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih di Washington DC, Amerika Syarikat pada September lalu.
Dalam jawapan bertulis parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kos berkenaan adalah berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) Kemudahan Elaun dan Keistimewaan Perdana Menteri.
Azalina mendedahkan bahawa perbelanjaan itu meliputi “penerbangan, penginapan, pengangkutan, elaun makan, dobi, kos telefon dan lain-lain.”
“Perbelanjaan YAB Perdana Menteri dan rombongannya adalah mengikut kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam jawapan sepanjang dua perenggan.
Pecahan sebenar atau jumlah kos langsung tidak diberikan.
Menurut Seksyen 5, akta itu “selain dari elaun, orang-orang yang dinyatakan dalam seksyen-seksyen itu adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa had dan syarat sebagaimana diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan arahan sedemikian itu hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.”
Azalina menjawap soalan Anthony Loke (DAP-Seremban), yang telah meminta perdana menteri menyatakan butiran terperinci jumlah kos penginapan dan jumlah bilik yang ditempah mengikut kategori berlainan di Trump International Hotel semasa lawatan Najib ke Washington DC.
Rumah Putih sebelum ini mengesahkan bahawa pentadbiran Trump tidak terbabit dalam tempahan penginapan hotel Najib.
Loke berkata keengganan kerajaan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan itu mencadangkan Putrajaya mempunyai sesuatu untuk disembunyikan.
“Adakah jumlah itu terlalu besar sehingga menjadi tidak wajar? Adakah ia terlalu mewah dan ini mungkin menimbulkan kemarahan rakyat?
“Hakikatnya bilik di Trump International Hotel adalah mahal, contohnya, Franklin Suite sahaja berharga AS$5,000 (RM21,188) semalam dan itu bukan bilik yang paling mahal,” kata Loke dalam satu kenyataan hari ini.
Loke berkata kadar untuk “suite presiden” yang lebih mewah dan “Trump townhouse” tidak boleh didapati secara dalam talian.
Sementara itu, Loke turut mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ditempatkan di Blair House – yang dikhaskan untuk tetamu yang membuat lawatan rasmi ke Amerika Syarikat – sementara Najib tidak.
“Kenapa PM Malaysia diberi layanan lebih rendah daripada PM Singapura oleh kerajaan AS?
“Adakah ini tidak berkaitan dengan isu MO1 dan kleptokrasi yang sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan AS?” soal Loke.
Sumber Kerajaan enggan nyatakan kos lawatan PM ke AS
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNlx7L
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment