Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS tidak usir, yakin PAN kosongkan Wisma Tok Guru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS tidak usir, yakin PAN kosongkan Wisma Tok Guru

Polis mengawal kekecohan yang berlaku di Wisma Tok Guru 22 Okt 2017. — Foto ihsan Facebook/Wan Kamarul Wan AmirPolis mengawal kekecohan yang berlaku di Wisma Tok Guru 22 Okt 2017. — Foto ihsan Facebook/Wan Kamarul Wan AmirKOTA BARU, 25 Okt — PAS tidak akan melanjutkan tempoh kepada Parti Amanah Negara (PAN) bagi mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor di sini, kata Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Mohd Nasuruddin dalam nada sinis berkata PAS tidak akan bertindak mengusir parti itu daripada bangunan berkenaan kerana percaya mereka adalah “amanah”.

“Memang mereka (PAN) kena keluar (dari Wisma Tok Guru). Kita tak akan usir dan tak akan panjangkan tempoh pengosongan selama sebulan (sehingga 16 November depan).

“Kita juga sedia berdepan dengan mereka di mahkamah tapi saya rasa mereka akan keluar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau berkata PAS akan menggunakan wisma berkenaan sebagai pusat kegiatan mereka selepas Amanah mengosongkan bangunan berkenaan.

Isu mengenai pemilikan Wisma Tok Guru itu sebelum ini ditimbulkan Mohd Nasuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri dengan mendakwa tapak tanah dan bangunan berkenaan adalah milik kerajaan negeri.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor yang juga Naib Presiden PAN Datuk Husam Musa yang mendakwa beliau sebelum itu diberi kebenaran oleh bekas Adun Salor, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim untuk menggunakan tapak itu melalui satu notis.

Namun kemelut perebutan itu kembali rancak sejak pertengahan bulan ini selepas PAN Kelantan dikatakan menerima notis daripada seorang anggota PAS yang dikatakan pemilik baharu bangunan berkenaan.

Difahamkan, tanah milik balu kepada Rosli itu telah dijual kepada PAS menerusi anggota berkenaan dengan harga RM700,000. — Bernama



Sumber PAS tidak usir, yakin PAN kosongkan Wisma Tok Guru

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJQmex

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.